BCL kongsi foto Ashraf Sinclair peluk anak tanda kenang hari lahirnya

 

Pemergian Ashraf Sinclair secara mengejvt sewaktu dalam tidur pada Februari 2020 sememangnya mengejutkan industri seni Malaysia dan Indonesia.

Mana tidaknya, dia dan isteri, Bunga Citra Lestari (BCL) dilihat sebagai loving couplesehingga mavt yang memisahkan mereka. Sudah tentu ia sesuatu yang sangat pedih untuk diterima oleh penyanyi tersebut serta anak mereka Noah.

Bersempena dengan hari lahir Ashraf pada 18 September, BCL telah memuat naik gambar allahyarham suaminya yang sedang memeluk anak tunggal mereka dengan menyertakan kapsyen menyentuh hati.

Dalam perkongsian tersebut, pelantun lagu Wanita Terbahagia itu telah mengucapkan selamat hari lahir serta mengatakan yang mereka amat merindui dan sentiasa menyayangi suaminya itu.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Bunga Citra Lestari (@bclsinclair)

Perkongsian berkenaan telah menerima komen-komen daripada rakan artis baik dari Malaysia mahupun Indonesia.

Mereka telah menitipkan kata-kata semangat buat BCL dan Noah serta terus mendoakan agar allahyarham Ashraf ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Terdahulu, Ashraf Sinclair telah dikhabarkan menggal dunia pada 18 Februari 2020 sewaktu dalam tidur. Difahamkan punca kemtiannya adalah disebabkan serangan jantvng.

Lebih menyedihkan lagi, pasangan tersebut baru sahaja beberapa hari pulang dari Amerika Syarikat bagi menghabiskan cuti bersama.

Sumber: Instagram bungacitralestari

PER.HATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggung jawab langsung ke atas k0men.komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis k0men anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.Jangan lupa like di bawah atau f0ll0w page kami. Terima Kasih.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.ceritanetizen.com/

 

Be the first to comment on "BCL kongsi foto Ashraf Sinclair peluk anak tanda kenang hari lahirnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*