Kecoh Hakim Stopa Bagi Motivasi, Fadzil Zahari Cari Siapa Pengetua?

 

Baru-baru ini, para netizen meluahkan perasaan tidak puas hati mereka terhadap influencer TikTok, Hakim Stopa, yang sebelum ini mendapat perhatian negatif apabila dirinya digelar ‘ikon permotoran’ walaupun tidak menyumbang kepada dunia permotoran.

Ini berikutan daripada isu di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur yang menjemput Hakim Stopa sebagai penceramah untuk berkongsi pengalamannya menyebabkan netizen menyoal tindakan pihak yang terlibat kerana menjemput seorang individu yang mempunyai personaliti seorang ‘mat rempit’.

Teguran Fadzil Zahari

Via Facebook

Fadzil Zahari

“Bukankah masuk sekolah kena pakai stokin? Rambut pun takleh kaler..

Sapa pengetua sekolah ni? Abang nak slow talk…”- tulis Fadzil Zahari

Isu tersebut mendapat perhatian daripada pengarah dan pelakon popular, Fadzil Zahari, yang menegur tindakan pihak sekolah tersebut tetapi dengan caranya sendiri. Fadzil yang sering memberi komen yang lucu tetapi penuh makna, menyunting dirinya di dalam gambar program motivasi tersebut. Menerusi kapsyen di ciapannya, Fadzil mempersoalkan bukankah seseorang tidak boleh mewarna rambut dan perlu memakai stokin untuk masuk ke sekolah. Fadzil juga mahu berjumpa dengan pengetua sekolah tersebut untuk ‘slow talk’ bersamanya.

Reaksi netizen

Via Facebook

Fadzil Zahari

Netizen yang melihat ciapan Fadzil tersebut sangat terhibur dengan gambar yang disunting olehnya. Netizen juga berjenaka bahawa Fadzil mempunyai lagak seorang pengawas sekolah yang penuh disiplin dan bersetuju dengan pendapatnya tentang isu ini.

Fadzil Zahari yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal, Farid Kamil, dan suami kepada pelakon wanita popular, Yana Samsudin, sering mendapat reaksi yang positif daripada netizen kerana selalu menyelitkan pendapat yang bernas dan bermanfaat di dalam jenakanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://murai.my/

 

Be the first to comment on "Kecoh Hakim Stopa Bagi Motivasi, Fadzil Zahari Cari Siapa Pengetua?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*