“Gil4 Saya Tak Stres, Apa Yg Saya Lalui Ini Cukup Berat”-Syamsul Mula Buka Mulut Hal Rumahtangga

 

Hangat diperkatakan mengenai kontroversi rumah tangganya yang menjadi bualan ramai di media sosial, pengarah terkenal, Syamsul Yusof mengakui berdepan tekanan berikutan isu tersebut.

Memetik Harian Metro, Syamsul berkata sebagai manusia biasa dia juga tidak mampu mengelak daripada tekanan apatah lagi membabitkan hal rumah tangga dan keluarga.

“Gila, saya tak stres? Apa yang saya lalui ini (hal rumah tangga) cukup berat. Memang saya stres. Ketika buat ‘editing’ filem Mat Kilau dan Munafik 2 pun, saya boleh menangis, inikan pula hal rumah tangga sendiri.

“Tapi, saya selalu bangkitkan semangat saya semula. Saya sentiasa kata tak apa, tak apa, insyaAllah. Dan, saya seketika fikirkan juga kejayaan yang sudah saya kecapi dan selalu menghargainya.

“Apapun, saya sentiasa rasa bersyukur dengan rezeki Allah ini. Sebab saya tahu, ‘it comes with a price’. Jadi, ujian kau pun besar lah,” katanya.

Bagaimanapun, Syamsul berkata dia perlu kuat dan tidak boleh hanya memandang perkara negatif sahaja serta perlu melihat apa yang baik juga.

“Meskipun saya dah dapat rasakan filem Mat Kilau ini akan ‘success’ meletop, tapi masalah saya bukan selesai pun. Tak ada. Duit bukan segalanya. Ini semua proses perjalanan hidup dan saya layankan saja perlahan-lahan,” katanya.

Dalam pada itu, Syamsul berkata mungkin doa daripada ibu bapanya yang menjadi pemangkin semangat untuk mengharungi ujian hidup.

“Semangat ini mungkin daripada doa ibu, doa bapa saya dan mungkin juga dari pelbagai dugaan yang pernah saya lalui sebelum ini. Saya pun dah hadapi ujian yang banyak, antaranya filem KL Gangster 2 yang bocor dulu. Banyak lagi benda yang orang tak tahu, family.

“Tapi, apabila dah ditimpa ujian-ujian yang berat ini, apakah kau akan ‘surrender’ atau kena jadi kuat, ia kena pilih dan saya juga sebenarnya hampir-hampir (tewas). Tapi, entahlah kalau cakap lebih-lebih macam ustaz pula,” katanya.

Terdahulu, Puteri Sarah menfailkan saman serta membuat dua aduan di pejabat agama terhadap Ira Kazar.

kredit:hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "“Gil4 Saya Tak Stres, Apa Yg Saya Lalui Ini Cukup Berat”-Syamsul Mula Buka Mulut Hal Rumahtangga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*