Kutipan RM12 Juta, Tapi Belum Balik Modal.Mawi Jelaskan punca sebenar Pembikinan Mat Kilau buat ramai tak sangka

 

Industri filem di Malaysia ini bukanlah besar mana, pusing-pusing akan bertembung juga. Dari filem santai, cinta, kekeluargaan, rempit, seram dan banyak lagi genre, membuatkan penonton boleh memilih yang mana digemari mereka.

Malah hasil titik peluh pasukan produksi, pengarah, pelakon dan lain-lain ini terkadang membuatkan mereka puas bila karya mereka pecah panggung dan dipuji. Terbaharu yang menjadi bualan hangat ramai, filem Mat Kilau. Sehingga Isnin, kutipan bagi filem Mat Kilau lebih RM12.8 juta.

Difahamkan modal dikeluarkan untuk filem ini adalah RM8 juta. Ramai yang menganggap filem ini sudah balik modal dengan pendedahan jumlah kutipan. Namun semuanya nampak indah secara kasarnya. Baru-baru ini selaku salah seorang figura dalam industri, Mawi jelaskan kira-kira mengapa sebenarnya masih belum balik modal pembikinan Mat Kilau.

Berikut adalah video penjelasan dari Mawi yang dikongsikan menerusi akaun TikTok miliknya:

Antara penjelasanya adalah cukai hiburan yang perlu dibayar 25% dari jumlah kutipan. Selain itu, hasil kutipan ini juga perlu dibahagikan 50% bersama dengan syarikat pawagam.

Ini menjelaskan mengapa masih belum balik modal pembikinan Mat Kilau. Berikut antara reaksi warganet selepas mendengar penjelasan tersebut:

“Cantik ahh..Bagus educate rakyat kita. Baru la jadi marhaen yang bijak”

“Filem Mat Kilau yang laku keras pun masih susah lagi nak balik modal. Cuba bayangkan filem lain yang kurang ada sambutan”

Produser/artis/crew bersengkang mata siang malam buat keje..Panggung makan 50%..Wow”

“Patut Syahmi Syazli tak berani lagi masuk pawagam”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Kutipan RM12 Juta, Tapi Belum Balik Modal.Mawi Jelaskan punca sebenar Pembikinan Mat Kilau buat ramai tak sangka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*