Persembahan Dayang Nurfaizah Di Festival Borneo Jazz Dipuji Peminat Sarawak

 

Sebut saja nama Dayang Nurfaizah, pasti teriang-iang lagu popularnya Dayang Sayang Kamu dan Separuh Mati Ku Bercinta. Menjengah ke Instagram penyanyi berbakat ini, Dayang dilihat membuat persembahan di Festival Borneo Jazz.

Nyanyi Santai Bersama Peminat

Dalam muatnaik terkini Dayang, penyanyi ini berkongsi video di mana dia dilihat mengadakan persembahan secara terbuka di festival tersebut.

Melihat coretan ringkas Dayang, penyanyi ini mengucapkan terima kasih kepada Festival Borneo Jazz kerana mengundangnya dan juga menitipkan penghargaan kepada Orkestra Simfoni Negeri Sarawak (Sons).

“Terima kasih @borneojazz. Terima kasih Orkestra Simfoni Negeri Sarawak (SONS)” Coretnya

Murai MY juga mendapati ruang kawasan persembahan Dayang, dibanjiri dengan orang ramai yang mendengar lagu nyanyian penyanyi ayu ini secara santai.

Ruang Komen Dibanjiri Peminat

Melihat muatnaik terkini Dayang, ramai warganet yang meminati penyanyi lagu Gurindam Jiwa dan Dayang Sayang Kamu ini mengadakan persembahan secara terbuka dan santai di tepi pantai di Miri, Sarawak.

“Best ada jak live performance open air”

“Untunglah dapat tengok @dayangsayangkamu performance live”

“Wah belagu dekat tepi pantai kitak Dayang sokong orang Miri” komen peminat

via Instagram Dayang Nurfaizah

“Best awesome!!!!!!!!”

“Outdoor performance best”

“Nice open air huhu” komen mereka

via Instagram Dayang Nurfaizah

“Omg best nya.. Santai-santai macam tu”

“Show macam ni memang best”

“Di Miri nya lok.. Best best” komen mereka lagi

Sekadar info, Festival Borneo Jazz diadakan di Miri, Sarawak selama tiga hari yang bermula dari 25 Jun sehingga 27 Jun 2022 hari ini.

Seronoknya dapat dengar persembahan Dayang secara live, bertuah orang Miri!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://murai.my/

 

Be the first to comment on "Persembahan Dayang Nurfaizah Di Festival Borneo Jazz Dipuji Peminat Sarawak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*