“Zaman sekarang ni la yang berlaku” – [VIDEO] Isu Rumah tangga Dalam 7 Hari Mencintaiku 3 Sma Mcam Realiti – Sambutlah Rindu

 

Pahit manis dalam kehidupan memberikan ‘rencah’ dan mewarnai setiap detik dilalui seseorang itu. Ada sesetengahnya bila sampai ke satu peringkat hidup akan menamatkan zaman bujang dan bermulalah kehidupan berkeluarga.

Orang kata bila berkahwin, kita juga bersatu bersama keluarganya. Jadi baik atau buruk, hanya kematangan akal fikiran dapat menghadapinya. Bagaimanapun, drama 7 Hari Mencintaiku 3 untuk musim kali ini memaparkan pelbagai dilema dan situasi rumahtangga bagi beberapa karakter di dalamnya.

Video Player:

Antaranya adalah di antara Helmi dan Sofi yang mana si suami kurang dapat perhatian dari isterinya. Malah dengan kehadiran bekas tunang Helmi dan juga sepupunya ke dalam rumah mereka membuatkan keadaan menjadi lebih parah.

Manakala Nad dan Zaidi pula dalam isu menjaga ibunya yang nyanyuk dan tidak berapa sihat. Ditambah pula dengan nad yang perlu berhenti kerja apabila diminta suaminya untuk menjaga ibu mertua. Lebih parah lagi apabila hasutan pelbagai pihak membuatkan Nad hilang pertimbangan.

Video Player:

Salah satu babak baru-baru ini yang memaparkan isu rumahtangga Nad dan Zaidi semakin goyah dengan hasutan yang disebarkan telah meraih perhatian warganet.

Video player:

Di ruangan komen, penonton akui kejadian dan isu rumahtangga sebegini sememangnya wujud dalam kehidupan realiti hari ini. Berikut antara yang ditinggalkan tersebut:

KOMEN NETIZEN:

“Ingat ya wahai anak lelaki sekalian. Tanggungjawab menjaga orang tua terletak pada anda sampi bila2”

isu rumahtangga dalam 7hmk3 4

“Zaman sekarang ni la yang berlaku”

isu rumahtangga dalam 7hmk3 3

“Realiti dalam masyarakat kita memang banyak kes macam ni. Isteri nak urus suami anak plus mertua lagi. Kalau suami membantu tak pe lagi, ni suami lepas tangan syurga dia”

isu rumahtangga dalam 7hmk3 2

“Kisah macam ni memang wujud di dunia nyata”

isu rumahtangga dalam 7hmk3 1

Sumber:HCL

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.utusan.rimbabara.com/

 

Be the first to comment on "“Zaman sekarang ni la yang berlaku” – [VIDEO] Isu Rumah tangga Dalam 7 Hari Mencintaiku 3 Sma Mcam Realiti – Sambutlah Rindu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*