Baju Bulan Bintang Laku Keras, Abang ‘Owner’ Sedlh Adik Dituduh Guna Kabel Nak Berjaya

Jenama baju raya paling popular tahun ini mungkin jatuh kepada Bulan Bintang. Mana tidaknya, beberapa posting yang dibuat  orang ramai yang sanggup beratur untuk mendapatkan baju Melayu tersebut tular di media sosial.

Paling banyak disebut raya kali ini

Difahamkan, pemilik jenama Bulan Bintang itu baru sahaja berusia, 24. Azzim Zahid Azmi dikatakan berjaya mendapat keuntungan belipat kali ganda dan menjadikan selebriti terkenal seperti Sharnaaz Ahmad dan Shukri Yahya sebagai model untuk jenama baju rayanya.

Abang backup kejayaan adik

Namun, kejayaan yang sangat membanggakan oleh anak muda ini tidak ‘lengkap’ rasanya tanpa kecaman daripada netizen yang mungkin dengki dengan usahanya.

Disebabkan itu, abang kepada pengasas jenama Bulan Bintang ini tampil mempertahankan usaha adiknya yang teruk diperlekeh dan dituduh menggunakan ‘kabel’ untuk berjaya.

Menerusi posting panjang lebar pemilik jenama Hausboom, Azri Zahier Azmi atau dikenali sebagai John Lemon, dia menjelaskan yang adiknya itu bersusah payah hampir 7 tahun untuk membangunkan empayarnya sendiri tanpa pertolongan sesiapa.

Cerita dari adik perempuan pula

Mana tidaknya, dia sudah mulai menghasilkan duit sendiri sejak zaman persekolahan lagi dan pernah sahaja berada dititik paling bawah apabila perniagaanya tidak begitu menguntungkan.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli keluarga kepada pengasas Bulan Bintang yang dikenali sebagai Nur’ain Zalia Azmi juga menceritakan bagaimana kejayaan abang-abangnya yang berusaha keras membangunkan perniagaan tanpa menggunakan langsung gelaran ‘Dato’ bapa mereka.

Awal2 dulu naik motor jual baju

Usaha keras Azzim Zahid juga pernah dikongsikan sendiri olehnya pada posting ringkas di Twitter pada lebaran tahun lalu.

Dia menyatakan pernah membawa peralatan berniaga hanya menggunakan motosikal dan ternyata selepas beberapa tahun usaha kerasnya membuahkan hasil yang cukup manis.

Kisah pengasas Bulan Bintang yang sangat menginspirasikan ini seharusnya dijadikan contoh dan bukan dicemuh dengan pelbagai andaian hanya disebabkan dia mempunyai ahli keluarga yang telah membina nama dengan perniagaan sendiri.

Tak salah untuk kita sama-sama menyokong kejayaan anak muda dan berharap agar lebih ramai yang dapat menjadikan pemuda tersebut contoh dalam memulakan sesuatu perniagaan.

Sumber: OMM

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://bigonewzz.com/

 

Be the first to comment on "Baju Bulan Bintang Laku Keras, Abang ‘Owner’ Sedlh Adik Dituduh Guna Kabel Nak Berjaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*