“Sumpah limited gilee”- Akhirnya jumpa, Hannah Delisha lapkan air mata & tarik tangan peminat

 

Sebut sahaja nama pelakon jelita, Hannah Delisha tentu ramai yang begitu meminatinya  yang tidak sekadar memiliki paras rupa cantik malah sangat humble sekali gus disenangi ramai.

Bakat lakonan Hannah Delisha juga tidak perlu dipertikaikan dan selain berlakon, peminat juga dikejutkan dengan suara merdunya apabila dia yang menyertai The Masked Singer musim kedua muncul sebagai Burung Hantu yang mempunyai bakat menyanyi luar biasa.

Burung hantu (1)

Terbaharu pula Hannah Delisha menjadi ‘buah mulut’ ramai selepas seorang individu telah berkongsikan perangai sebenar pelakon dan penyanyi jelita itu selepas anak buahnya dapat bertemu dengan selebriti tersebut.

Dalam rakaman berdurasi 23 minit ini memaparkan seorang peminat menangis disebabkan sayu kerana akhirnya dapat berjumpa Hannah Delisha. Namun begitu, reaksi Hannah Delisha yang mengelap air mata serta menarik tangan peminatnya ini mencetuskan dia dipuji ramai.

@nsyafiqahrahmat_ Akhirnya jumpa..ni anak buah i..hari first datang sini kecewa sbb hannah delisha dah balik. hari kedua datang dapat jumpa sampai menangis😂 @hannahdelishaofficial @absolutfoodfest22 @absolutfoodfest #absolutbazaarxgayaraya #absolutbazaar #absolutfoodfest #hannahdelisha ♬ Esok Masih Ada – Hannah Delisha

Pemilik video atas nama, nsyafiqahrahmat_ diruangan komen menerusi hantaran video berdurasi 23 minit itu bagaimanapun menerima ratusan reaksi daripada warganet yang turut tersentuh melihatkan reaksi pantas Hannah Delisha apabila bertemu peminat yang akhirnya dapat berjumpa dengannya.

“The way Hannah tarik balik tangan dia”

Hannah Delisha

“Semakin humble seorang artis semakin tinggi darjatnya di mata peminat”

IMG_20220425_090634

“Kalau artis friendly sumpah limited gilee”

IMG_20220425_090716

“Soft sangat Hannah Delisha, tarik peluk lap air mata…”

Hannah Delisha

Tunggu dulu, anda tentu juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "“Sumpah limited gilee”- Akhirnya jumpa, Hannah Delisha lapkan air mata & tarik tangan peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*