“Mcm Tu Laa Ada Anak Perempuan…” -Ramai Terhibur Melihat Gelagat Anak Perempuan Aeril Zafrel, Sekali Ini Reaksi Wawa Zainal

 

Nur Hawa Zainal Abidin atau dikenali sebagai Wawa Zainal, dilahirkan pada 12 Mac tahun 1991 berasal dari Lahad Datu, Sabah. Beliau merupakan seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Wawa Zainal telah berkahwin dengan pelakon Aeril Zafrel secara rahsia pada 25 Februari tahun 2012, dan menikah untuk kali kedua pada 4 Februari tahun 2013 di Masjid Jumhuriah, Taman Dato’ Harun, Petaling Jaya. Wawa dan Aeril telah menlangsungkan persandingan di Dewan Sri Kenangan MPSP Sungai Petani, Kedah pada 31 Januari tahun 2015. Pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.

Suhariril Sunari atau dikenali sebagai Aeril Zafrel, dilahirkan pada 2 Disember tahun 1988 berasal dari Batu Pahat, Johor. Beliau merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Allahyarham Khairil Khamis, seorang pelakon dan penyanyi era 80an merupakan bapa angkatnya yang bertanggungjawab membawa Aeril ke persada seni apabila beliau membawa Aeril ke dunia lakonan menerusi drama Permata Hati Mama pada tahun 2006. Mula dikenali menerusi watak Andi dalam siri televisyen Kisah Kaisara musim pertama, dan banyak lagi drama dan filem beliau lakonkan.

Dalam video klip ini menunjukkan, semasa Wawa Zainal membuat secara langsung di akaun media sosialnya sambil solek dan meminta tolong Aeril untuk mengambil wangnya. Melihat gelagat anak perempuan sedang bermanja dengan ayahnya, membuatkan ramai yang terhibur melihat sekeluarga itu.

Lihat klip durasi pendek reaksi Wawa Zainal:

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@fatin nuratiqah:betul tu..dah lah ada dua anak perempuan semua manja babah dia.

@Sun85 :Betul kite pulak yg terhegeh2 nk bermanja

@ktysadiran95:mmg…ank saya tiga2 perempuan,pling manja yg bongsu ..pantang btol nmpk ble maknya dekat dgn ayhnya,mlela drama airmata dia

@Richel Chel:cabaran bila ada ank perempuan..aku pun kena weii

@Syafiq Zakaria:sekarang ni aeril ada 3 wawa…..ahahahhaha….anak perempuan semua copy paste mak dia….

Netizen turut memberi kata-kata yang positif diruangan komen, mengatakan anak perempuan sememangnya rapat dengan ayahnya dan sangat manja. Ada juga berkongsi cerita yang anak perempuan mereka tidak boleh melihat mak dengan ayahnya bersama, sampai membuat drama air mata kata mereka. Perkongsian video klip di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 810.1K penonton, 40.9K sukaan dan 198 komen.

Sumber: Daebakingz, Wikipedia dan Tiktok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://www.rotikaya.rimbabara.com/

 

Be the first to comment on "“Mcm Tu Laa Ada Anak Perempuan…” -Ramai Terhibur Melihat Gelagat Anak Perempuan Aeril Zafrel, Sekali Ini Reaksi Wawa Zainal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*