Tengku Zafrul dedah ada satu negara ni tak pernah benar rakyat dia keluarkan wang persaraan tak macam KWSP

 

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mengagihkan kadar dividen simpanan konvensional sehingga 6.7 peratus berbanding 6.1 peratus jika pengeluaran khas tidak dibuat.

Ini bermakna, sebanyak RM5.4 bilion dari segi dividen tambahan boleh diagihkan kepada semua ahli KWSP jika pengeluaran sebelum ini tidak dilakukan.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, kehilangan RM5.4 bilion dari dividen ini telah menyebabkan lebih kurang 5.3 juta ahli yang tidak pernah mengeluarkan wang simpanan mereka melalui mana-mana skim pengeluaran sebelum ini terpaksa menerima pulangan yang lebih rendah ke atas simpanan mereka.

“Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat sekelian, juga mewakili pencarum yang tidak perlu mengeluarkan simpanan mereka: adakah ini adil?,” tanya Tengku Zafrul semasa ucapan penggulungan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.

Beliau memberitahu, secara keseluruhan, di bawah ketiga-tiga pengeluaran KWSP – i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra – pencarum telah akses kepada dana persaraan mereka sehingga RM71,000 dan telah memanfaatkan lebih 7.3 juta ahli atau 58 peratus daripada 12.7 juta ahli dengan amaun pengeluaran berjumlah RM101 bilion.

Jelas beliau, sekiranya dibenarkan pengeluaran RM10,00 secara one-off, bilangan ahli yang layak membuat pengeluaran dijangka seramai 6.3 juta ahli, berkemungkinan melibatkan pengeluaran tambahan berjumlah lebih daripada RM63 bilion.

Sekiranya pengeluaran tambahan dibenarkan, maka KWSP perlu melaksanakan pengimbangan portfolio, dan impaknya mungkin lebih dari nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion.

Ujarnya, bagi menyediakan nilai pengeluaran berjumlah RM63 bilion ringgit, KWSP perlu menjual lebih banyak aset pelaburan luar negara dalam keadaan pasaran yang tidak menentu, terutamanya dengan krisis Rusia-Ukraine baru-baru ini, memberhentikan pelaburan di dalam negara untuk tempoh jangka pendek dan sederhana tiga hingga enam bulan.

Langkah ini akan terus memberi impak negatif kepada pasaran saham dan bon tempatan.

Antara kesan buruk yang boleh dan antaranya telah berlaku kepada pasaran bon tempatan termasuklah kadar faedah Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) yang telah meningkat dalam kadar purata 100 mata asas berbanding suku ketiga tahun 2020.

Ini menyebabkan kos pinjaman bagi kerajaan di masa hadapan meningkat dengan ketara, serta kerugian portfolio bagi peserta-peserta pasaran.

”Sebagai contoh, bagi keseluruhan tahun 2021, jumlah pinjaman kasar bagi MGS adalah 83 bilion ringgit. Ini bermakna kerajaan menanggung tambahan bayaran faedah berjumlah RM830 juta setahun.

”Bayangkan nilai ini sepatutnya dapat digunakan bagi pelbagai program dan bantuan kewangan untuk rakyat. Kenaikan lanjut kadar faedah ini juga akan menyebabkan kerugian yang lebih besar, serta terus meningkatkan sentimen negatif peserta pasaran terhadap pasaran kewangan tempatan,” tambahnya.

Tambahan pula, ini akan menjejaskan kedudukan KWSP sebagai pemegang tunggal terbesar MGS dengan pegangan berjumlah RM240 bilion (atau hampir 27 peratus daripada nilai keseluruhan di dalam pasaran bon MGS).

Bagi syarikat tersenarai di pasaran saham tempatan pula, pegangan KWSP adalah kira-kira 16 peratus (atau RM272 bilion) daripada nilai keseluruhan yang berjumlah lebih 1.7 trilion ringgit manakala bagi pelaburan dalam bon-bon korporat pula, pegangan KSWP pula adalah 21 peratus (atau RM166 bilion).

Tengku Zafrul berkata, apabila kedudukan KWSP sebagai salah satu pelabur terbesar di pasaran saham dan bon tempatan terjejas, ada dua perkara yang akan juga terjejas iaitu kebolehan KWSP untuk menjana pulangan dividen kepada ahli dan peranan KWSP dalam menyediakan kecairan modal bagi pasaran bon kerajaan yang mana kos pinjaman kerajaan akan naik dan telah pun naik sebanyak 100 mata asas.

Menurut beliau lagi, negara-negara lain seperti Australia, Chile dan Peru, yang juga telah membenarkan akses awal kepada simpanan persaraan bagi membantu rakyat menangani cabaran Covid-19, tidak lagi membenarkan program pengeluaran ini.

Singapura pula langsung tidak membenarkan sebarang pengeluaran dana persaraan atas tujuan Covid-19, katanya.

Sumber – MalaysiaGazette

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : http://trendingsangat.pw/

 

Be the first to comment on "Tengku Zafrul dedah ada satu negara ni tak pernah benar rakyat dia keluarkan wang persaraan tak macam KWSP"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*