Isteri Hadiahkan Lamborghini Untuk Suami, Hadiah Sempena Jaga Masa Pantang

 

Sempena meraikan pasangan yang telah banyak bersusah payah, pastinya ramai yang akan memberikan hadiah istimewa untuk menghargai pasangan. Macam yang dilakukan wanita yang meraih perhatian ramai ini apabila dia memilih untuk menghadiahkan sebuah Lamborghini buat suami tercinta.

Kejutan yang diberikan kepada suaminya ini juga menarik perhatian ramai di mana ianya meraih lebih sejuta tontonan setakat ini. Malah netizen juga turut berasa terharu melihat reaksi si suami sebaik sahaja menerima kejutan tersebut.

@ayunieso24 #ad Bagi awl2 hadiah utk jaga sy dlm Pantang nnti 😘 Terima kasih suami , besar mana pun nilai hadiah ni takkan dapat balas kebaikan awk #fyp #ad #vitamilk ♬ Dengarkan Sayang – Kangen Band

Di dalam video yang dikongsikan ini, pasangan suami isteri itu dilihat berada di dalam kereta di mana wanita itu meminta lelaki itu memejamkan matanya untuk kejutan itu. Sebaik sahaja mereka keluar dari kereta, wanita itu kemudiannya memimpin si suami dan dibawa masuk ke dalam showroom tersebut.

Rupa-rupanya wanita itu telah menghadiahkan sebuah kereta Lamborghini kepada suaminya ini sebagai kejutan istimewa buatnya. Lebih terharu lagi, lelaki itu kemudian mula kelihatan sebak dan menangis gara-gara terharu dengan kejutan itu.

lamborghini

Menurut wanita itu, dia menghadiahkan kereta mewah tersebut kepada suaminya demi menghargai usahanya menjaga wanita itu semasa pantang nanti. Dia juga siap sedia menghadiahkan kereta itu lebih awal sebelum bersalin kepada suaminya.

Meninjau di ruangan komen, kejutan istimewa itu turut menarik perhatian netizen. Malah ramai yang turut sama berasa sebak melihat reaksi lelaki itu yang siap menangis semasa menerima kejutan dari isterinya ini.

“Akak doakan saya dapat beli helikopter.”

wanita

“Dia buat macam beli cadbury gitu je.”

kejutan

“Turun lamborghini beli lamborghini lagi.”

komen

“Rezeki dia guys kita hanya mampu melihat.”

tik tok

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://himpunanceritalawak.com/

 

Be the first to comment on "Isteri Hadiahkan Lamborghini Untuk Suami, Hadiah Sempena Jaga Masa Pantang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*