Subuh yang hlba! Anak paling n4kal datang minta restu sebelum nikah, bapa nangls teresak-esak selepas solat fikir d0sa

 

HANYA linangan air mata yang dapat dilihat saat seorang bapa terpaksa ‘melepaskan’ anak perempuannya yang bakal bergelar isteri orang.

Dengan tangisan yang teresak-esak, si bapa menitipkan pesanan buat anak kesayangan.

“Ayah restu. Kamu jangan bagi ayah berdosa. Kamu dah nak jadi isteri orang. Taatilah suami kamu,” demikian kata lelaki itu memeluk anaknya sambil mengalirkan air mata.

Berkongsi pengalaman, anak berkenaan, Nur Afifah Sa’adin berkata, momen menyentuh perasaan itu merupakan rakaman video yang baru dikongsinya di laman sosial, minggu ini.

Namun, wanita berusia 22 tahun itu memberitahu, ia berlaku pada awal pagi selepas solat Subuh sebelum dia melangsungkan pernikahan pada 4 April tahun lalu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

“Masa tu kami menginap di hotel sebelum majlis nikah. Selepas solat Subuh, saya berjumpa mak dan ayah untuk minta restu.

“Sepanjang 22 tahun, pertama kali saya lihat ayah tiba-tiba menangls teresak-esak. Sampaikan saya juga menangls,” katanya kepada mStar.

ayah restu 4 W

Kenangan… Fifa (kiri) ketika zaman sekolah bersama bapa.

Lebih mesra disapa Fifa, dia tidak menyangka bapanya yang merupakan bekas pentadbir sekolah berusia 53 tahun dengan perwatakan garang sebenarnya ‘berhati tisu’.

“Dalam kalangan adik beradik, saya yang paling nkal. Kena naik turun bilik disiplin sebab antaranya ponteng sekolah dan kantoi bercinta.

“Saya juga ponteng kelas tuisyen. Ayah terpaksa hadap dek kenkalan saya. Ayah marah sebab saya degil, tak mendengar kata.

“Dulu pernah saya minta ayah belikan gelang emas, tapi kena marah pula dan disuruh ikhtiar sendiri. Masa tu fikir ayah tak sayang saya ke?” ujarnya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

ayah restu 1

Fifa (hadapan) bersama ibu bapa pada awal pagi hari pernikahan.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu, bapanya banyak memberi nasihat kerana bimbang dirinya masih terikut dengan perangai lama.

Mengenai momen mendapat restu menjelang pernikahan, Fifa menjelaskan dirinya paling tergamam saat bapanya menyebut perkataan ‘d0sa’.

“Kata-kata ‘Jangan bagi ayah berd0sa’ paling saya tergamam. Bagi saya, ayah tak nak saya berd0sa dengan suami dan nanti dikata salah mak ayah tak reti didik anak,” katanya..

ayah restu 6

Majlis pernikahan pada 4 April 2021.

Mengimbas kembali apa yang berlaku ke atas dirinya, Fifa berkata, bapanya terlibat dalam kemalangan ketika menunggang motosikal membabitkan sebuah kereta pada 2019.

“Teruk ayah kemalangan sampai koma sebulan kat hospital. Masa tu saya rasa banyak berd0sa dengan ayah. Masih ada lagi kesempatan untuk saya minta maaf dengan ayah?

Teruk ayah kemalangan sampai koma sebulan kat hospital. Masa tu saya rasa banyak berd0sa dengan ayah. Masih ada lagi kesempatan untuk saya minta maaf dengan ayah?

NUR AFIFAH SA’ADIN

“Selepas ayah sedar, kira-kira tiga minggu untuk ayah pulih ingatan. Saya kerap datang lawat dan jaga ayah sebab sedar banyak abaikan dia sebelum tu,” katanya.

Sejak peristiwa itu, Fifa yang bekerja di sebuah agensi kewangan di Kota Damansara sedar bahawa semua ibu bapa sayangkan anak mereka dengan cara tersendiri.

ayah restu 7

Keluarga Fifa pada hari perkahwinannya.

“Nasihat saya, jangan bandingkan ayah kita dengan ayah orang lain. Kalau ayah ada side buruk sikit, mungkin ada sebab.

“Sebagai anak, kita jangan letak rasa benci atau berdendam dengan ayah. Mereka sayang dan mahukan yang terbaik buat anak-anak,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : 

 

Be the first to comment on "Subuh yang hlba! Anak paling n4kal datang minta restu sebelum nikah, bapa nangls teresak-esak selepas solat fikir d0sa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*