“Berkat Kesabaran Kena Bencana”- Ebby Yus Dapat Bantuan Bina Rumah Baru RM56,000

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Ebby Yus menerima sumbangan daripada kerajaan berbentuk rumah mesra rakyat bernilai RM56,000.

Ia selepas rumahnya yang masih dalam pembinaan di Hulu Langat, Selangor musnah dihanyutkan banj1r, Disember lalu.

Ebby Yus, 566, atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid berkata, pembinaan rumah bantuan itu didirikan di tapak tanah lama miliknya.

“Saya menerima sumbangan daripada kerajaan iaitu rumah mesra rakyat yang dibina dengan harga RM56,000. Pembinaan rumah baharu saja didirikan empat hari lalu dan dijangka siap dalam tempoh dua bulan.

“Pembinaan masih di tapak sama, cuma rumah itu dibuat ke dalam sedikit supaya berjauhan dari sungai. Risau kejadian yang sama berulang pula pada masa hadapan.

“Alhamdulillah, saya menerima pelbagai bantuan daripada peminat, rakan selebriti dan menteri cuma mereka enggan nama didedahkan. Saya juga menghargai peminat dari Singapura iaitu Haji Taib mewakili SIAEC Legends dan Veterans yang banyak menyumbang,” katanya.

Sementara itu, Ebby Yus turut berkongsi perkembangan kesihatannya yang sebelum ini diuji dengan masalah paru-paru. 

“Alhamdulillah, doktor sudah buat pemeriksaan dan keadaan paru-paru saya sekarang tidak memerlukan rawatan sampai perlu ditebuk. Walau bagaimanapun, saya perlu menjalani rawatan susulan di hospital.

“Terima kasih sebab ingat dan mendoakan kesihatan saya pulih. Terima kasih buat semua yang mendoakan dan percayalah, doa kepada saya berbalik kepada kalian semua. Doa yang baik-baik,” katanya.

Terdahulu, Pelawak Ebby Yus tidak berkecil hati apabila segelintir netizen menyifatkan mus1bah menimpa penggiat seni dalam benc4na banj1r sebagai pemb4lasan Tuhan.

Bersikap terbuka menelan apa sahaja kec4man dilemparkan, Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, memaafkan mereka yang melemparkan tudvhan begitu.

“Jika itu yang mereka andaikan, saya terima sahaja kata-kata mereka tanpa simpan dalam hati.

“Sama ada mereka memang bermaksud begitu atau tidak, saya sudah memaafkan diri mereka,” katanya kepada BH Online selepas meninjau tinggalan rumah yang dihanyutkan arus di Kampung Paya Lebar di sini, hari ini.

Biarpun ditimpa mus1bah, Ebby enggan menerima bantuan perseorangan melainkan daripada badan seperti FINAS dan SENIMAN yang ada kaitan dengan kerjaya seninya. Foto NSTP/Aizuddin Saad

Sabtu lalu, pelakon sitkom J.K.K ini ditimpa mus1bah apabila mahligai dibina hasil titik peluh lebih tiga dekad dalam dunia seni, musn4h sekelip mata apabila dihanyutkan air deras.

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dilaporkan dihanyutkan air deras, mengakibatkan Ebby kerugian hampir RM200,000.

Biarpun ramai bersimpati dengan nasib pelakon filem This Is Pilah The Movie ini, namun, tidak kurang juga yang mempertikaikan tindakan Ebby membina rumah di kawasan berb4haya.

Mengulas perkara itu, Ebby menafikan lokasi kediamannya itu sebagai berisiko.

“Saya pilih kawasan ini untuk membina rumah bukan sahaja kerana suasana yang cukup tenang, malah cantik.

“Walaupun ada sungai tapi tidaklah besar. Lagipun, saya sudah bertanya kepada tuan punya tanah mengena latar belakang kawasan ini dan dia maklumkan lokasi ini selamat.

“Saya anggap apa yang berlaku ini adalah takdir. Tidak perlu hendak tuding jari pada sesiapa. Kalau sudah hendak terkena, rumah atas bukit pun boleh dilanda banj1r,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ebby mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) atas keprihatinan mereka membantu.

“Saya juga banyak menerima kiriman mesej peribadi daripada rakan artis dan pelbagai pihak yang melahirkan hasrat untuk membantu saya.

“Jika bantuan itu dari FINAS dan SENIMAN, saya akan terima kerana ada kaitan dengan kerjaya seni saya.

“Tetapi jika membabitkan rakan artis atau perseorangan, saya agak keberatan kerana mereka juga ada tanggungan.

“Jangan susahkan diri kerana saya. Selagi saya cukup makan, maknanya saya masih okay,” katanya.

[Vide0] Mahligai impian dibina Ebby Yus musn4h dalam sekelip mata.

KUALA LUMPUR: Mahligai impian dibina pelawak, Ebby Yus hasil titik peluh lebih tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, musn4h sekelip mata apabila dihanyutkan air deras dalam benc4na banj1r di Kuala Langat, Selangor, semalam.

Sisa tinggalan rumah Ebby yang dih4nyutkan arus der4s dalam banj1r di Kuala Langat, semalam. Foto Ihsan Ebby Yus

Rumah yang tinggal 10 peratus untuk disiapkan di tanah setengah ekar di kawasan penempatan itu, dihanyutkan air der4s, mengakibatkan Ebby atau nama sebenar, Muhammad Yunus Abdul Rashid kerugian hampir RM200,000.

Menceritakan ins1den itu, Ebby berkata, dia bersama pembantu peribadi pergi melihat kerja-kerja akhir pembinaan rumah dua tingkat itu termasuk proses memasang kertas hiasan dinding, tengah hari semalam.

“Tanpa disangka, mus1bah datang hingga habis rumah yang dibina menggunakan separuh batu dan separuh lagi kayu ‘lenyap’ dalam kejadian banj1r, petang semalam.

Foto mahligai dibina Ebby sebelum dihanyutkan dalam banjir di Kuala Langat, semalam. Foto Ihsan Ebby Yus

“Inilah rumah impian saya sejak lebih 30 tahun berkecimpung dalam arena seni… Saya akur dengan ketentuan ini,” katanya kepada BH Online.

Ebby berkata, kerja pembinaan rumah itu dilakukan sedikit demi sedikit dan kerap terhenti kerana dia j4tuh sakit selain sekatan akibat penularan p4ndem1k C0V1D-19.

“Setiap kali dapat bayaran berlakon, saya peruntukkan untuk rumah itu. Kali terakhir selepas dapat bayaran daripada penerbit sitkom Jenaka Kampung Kalut ( JKK), saya lunaskan baki bayaran projek pembinaan rumah itu.

“Sebelum ini, projek pembinaan bertukar kontraktor kerana masalah tidak terduga… Biasalah, kerja bina rumah semuanya perlukan wang,” katanya.

Ebby yang berasal dari Negeri Sembilan berkata, dia menyewa di Kampung Baru di sini, sejak 20 tahun lalu.

Sumber: Metro

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://printlyrics.net/

 

Be the first to comment on "“Berkat Kesabaran Kena Bencana”- Ebby Yus Dapat Bantuan Bina Rumah Baru RM56,000"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*