Lama diamkan diri terkejut bila tiba tiba Aishah mula buka mulut dedah dah sah berpisah untuk kali keempat.

 

Kuala Lumpur – Penyanyi lagu Janji Manismu, Aishah, 56, mengakui tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga. Enggan mendedahkan secara terperinci punca pergolakan rumah tangga, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin reda dengan takdir yang tertulis buatnya.

“Benar, kami sudah berpisah, cuma, talak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu. “Tiada siapa berkahwin untuk berpisah. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa.

Sudah Berpisah Tahun Lalu

Selepas beberapa bulan tidak tinggal sebumbung, penyanyi legenda, Aishah mengesahkannya sudah pun berpisah dengan bekas suami, penghujung tahun lalu. Mengulas lanjut, Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 57, mendedahkannya dilepaskan dengan talak satu melalui aplikasi Whatsapp pada 25 Disember lalu.

“Segala-galanya sudah selesai apabila saya dilepaskan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu. Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot. “Saya menangis sebaik sahaja membaca mesej yang dikirimkan.

“Namun, saya akur dengan ketentuan takdir. Walau apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan,” katanya. Walaupun kini kembali hidup bersendirian, penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah ini berkata, ia bukanlah sesuatu yang sukar kerana mempunyai dua cahaya mata lelaki, Armand Azhari dan Azhad Ahlami sebagai sumber kekuatan.

“Ini bukan perkara baharu buat saya. Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi. “Masih terbayang apabila saya terpaksa mengangkut anak-anak bersama ketika bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga mereka.

“Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak,” luah penyanyi bervokal mantap ini. November lalu, Aishah mengakui, tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami selepas lima tahun melayari bahtera rumah tangga.

Bagaimanapun, Aishah enggan mendedahkan secara terperinci punca pergolakan rumah tangganya itu. Terdahulu, Aishah ditemui pada majlis Makan Malam BH yang diadakan di Hotel Armada, di sini, semalam. Pada majlis itu, juara program realiti, Gegar Vaganza musim keempat itu menghiburkan warga BH dengan dua lagu, Janji Manismu dan single terbaru, Ketentuan Takdir.

Sumber : BH

Aishah Kongsi Luahan Hati Di Instagram. Sekali Dia Dedah Ada Satu Sebab Sebenar Kenapa Tak Fikir Untuk Kahwin Lagi.

Penyanyi popular Aishah berkongsi curahan hati menerusi posting di Instagramnya sempena hari jadinya baru-baru ini.Diberikan hadiah seutas gelang tangan oleh anak-anaknya, pelantun lagu Janji Manismu itu seakan-akan mencoretkan bayangan kehidupan rumah tangganya sebelum ini.Tulis Aishah, dia tidak pernah merasa kehidupan bergelar seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah sebaliknya dia pula yang mengambil tanggungjawab yang lebih besar.

“I tak pernah merasa hidup sebagai seorang isteri yang dimanjakan dengan hadiah-hadiah. Seumur hidup I lah isteri yang membeli beras. Allah bagi anak-anak yang thoughtful, belated birthday present dari Armand. Buat mata mum dia masuk habuk,” katanya. Perkongsian Aishah sempena hari jadinya ke-57 pada 3 Januari lalu itu menyentuh hati peminatnya. Ada juga yang bersetuju dengan pendirian Aishah.

“Sebab tu saya malas nak berlaki lagi. Ahai. Lelaki menyusahkan saya, membazir. Elok den solo, aman damai,” coret seorang pengguna yang seterusnya disokong oleh Aishah.”Sesungguhnya kehidupan ini tidaklah seindah mimpi.”Anda wanita kuat dan hebat. Maka Allah duga dengan semampu kita. Moga pelangi tiba, terus kuat, cantik dan sihat,” tambah beberapa pengguna memberikan kata-kata nasihat.Untuk rekod, Aishah pernah tampil mendedahkan kisah rumah tangganya yang sudah tinggal berasingan dengan suaminya sejak Ogos tahun lalu. Sumber : Gempak

Rumah Tangga Kali Keempat Goyah. Aishah Akhirnya Dedah Hampir 3 Bulan Tidak Tinggal Sebumbung Dengan Suami.

IBARAT retak menanti belah, itulah situasi penyanyi Aishah yang mendedahkan rumah tangga kali keempat yang dibina sejak lima tahun lalu kini goyah. Berkongsi mengenai perkara itu, Aishah atau nama sebenar Wan Aishah Wan Ariffin, 56, memaklumkan dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami sejak tiga bulan lalu. “Benar, kami sudah berpisah, cuma, t4lak belum dilafazkan. Kami sudah tinggal berasingan, sejak tiga bulan lalu.

“Tiada siapa berkahwin untuk berpisah. Saya juga mengimpikan perkahwinan keempat kekal hingga akhir hayat. Jadi, usah ditanya apa punca perpisahan ini. “Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa. Anggap sahaja antara kami sudah tiada jodoh,” katanya seperti dilapor BH.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Janji Manismu ini berkata dia berkongsi mengenai keruntuhan rumah tangga bukan bertujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak. Namun, dia memberanikan diri membuka cerita peribadi itu bagi mengelakkan timbulnya ftnah. “Jika boleh saya tidak mahu kisah rumah tangga jadi tatapan umum. Namun, saya akan menerima kesannya hanya kerana saya seorang selebriti.

Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan, Ujarnya. “Saya memang memberi sedikit bayangan menerusi hantaran dimuat naik dalam laman Instagram (IG). Mana yang tahu, tahulah…

“Pengakuan dibuat selepas saya berfikir panjang dan tidak mahu timbul fitnah jika ada melihat saya bersama lelaki lain dalam urusan kerja. “Siapa tidak sedih melihat mahligai yang dibina berantakan. Tetapi, saya akur dengan ketentuan Tuhan,” katanya.

Usaha mStar mendapatkan penjelasan lanjut masih belum berjaya apabila panggilan dan mesej tidak berjawab. Menerusi laporan mStar pada 2017, Aishah memaklumkan dia sudah sudah kembali berumah tangga selepas enam tahun berpisah dengan suami ketiganya iaitu pada 2011. Dia bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya perkahwinan keempatnya itu.

Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata. Menerusi perkahwinan pertama dia dikurniakan Armand Azhari, 28 dan perkahwinan kedua dikurniakan Azhad Ahlami, 23. Sumber: Mstar

Datuk Lebih Gemar Panggil Namanya Faridah. Aishah Kongsi Serba Sedikit Tentang Datuknya Yang Impikan Agar Dirinya Bergelar Seorang Qariah.

Penyanyi Aishah mendedahkan bahawa datuknya ketika hayat tidak pernah memanggil dirinya dengan nama sebenar.Sebaliknya, kata Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56, datuknya yang dipanggil sebagai ‘Tok Bapak’ itu lebih gemar memanggilnya dengan nama Faridah yang seolah-olah satu nama yang cukup asing kedengaran.”Seingat saya, Tok Bapak tak pernah panggil saya Aishah, bahkan juga Nor.

Cara terbaik membuatkan seorang anak keliru.” Tok Bapak selalu memanggil saya dengan nama Faridah. Hahaha. Mengelirukan! Kenapa? Kerana Tok Bapak suka sangat dengar qariah Kelantan, Hajah Faridah Mat Saman mengaji,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.Dalam hantaran itu, Aishah turut berkongsi gambar kenangan bersama datuknya itu.

Jelasnya lagi, kemungkinan datuk mengimpikan agar dirinya untuk bergelar seorang qariah mengikut jejak langkah Faridah.”Saya agak datuk harap yang mungkin satu hari cucu dia boleh jadi qariah. Allahu, saya tertanya-tanya apalah yang akan difikirkannya kalau dapat tahu ‘Faridah’ ini membesar menjadi seorang penyanyi,” coretnya.Katanya lagi, biarpun datuknya sudah tiada, memori yang dicipta mereka berdua merupakan kenangan yang membuai rasa rindu kepadanya.”Saya tak banyak memori bersamanya kerana bila Tok Bapak pergi buat selamanya saya masih kecil sangat. Yang saya ingat, selalu pegang tangan Tok. Suka sangat dia suruh saya pimpin dia,” katanya.

Gelombang Kali Ini Angkanya Lebih Sepuluh Kali Ganda Dari Angka Tertinggi Dari Sebelum Ini. Aishah Lantang Bersuara Berkenaan Isu Tersebut

Aishah mahu tindakan tidak mengira darjat untuk individu yang tidak mematuhi PKP.KEPUTUSAN kerajaan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula Rabu ini mengundang pelbagai komen dan reaksi daripada masyarakat.Golongan selebriti turut memberikan pandangan mengenai pengumuman itu dan berharap semua rakyat patuh arahan kerajaan ini dalam usaha mengekang penularan wabak Covid-19.

Salah seorang penyanyi iaitu Aishah meminta orang ramai belajar daripada kesilapan lalu dan memandang serius mengenai bahaya virus yang masih belum ada penawar itu.Dia turut berharap kerajaan lebih serius menguatkuasakan undang-undang dengan mengambil tindakan yang sama terhadap semua invidividu yang ingkar arahan tanpa mengira latar belakang.

“Kita mulakan semula (PKP), gelombang kali ini angkanya lebih sepuluh kali ganda dari angka tertinggi dari kita lockdwn dulu. Adakah kita belajar dari pengajaran dulu?Aishah berkongsi pandangannya mengenai PKP.“Saya rasa buang masa saja dulu kita susah payah cuba nak datarkan graf kes baharu rakyat juga yang bersusah payah… kali ini jangan ada lagi undang-undang antara dua darjat, please!

“Terfikir masih ada yang mengatakan Covid-19 ini tidak lebih dari demam selsema biasa, wah suruh dia orang sajalah rawat pesakit Covid tanpa set perlindungan diri (PPE)… kalau betul bagai dikata!” katanya menerusi Instagram.Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan enam negeri dikategorikan sebagai negeri PKP iaitu Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah.

Aishah mahu orang ramai sedar bahaya Covid-19.Pelaksanaan PKP itu akan berkuatkuasa selama dua minggu bermula 12.01 tengah malam Rabu, sehingga 26 Januari depan.Enam negeri yang dikategorikan sebagai PKP Bersyarat (PKPB) pula ialah Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu, dan Kelantan, manakala dua negeri di bawah kategori PKP Pemulihan (PKPP) ialah Perlis dan Sarawak.Sepanjang tempoh itu, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan sukan berkumpulan adalah dilarang.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  https://erakini.bbn.my/

 

Be the first to comment on "Lama diamkan diri terkejut bila tiba tiba Aishah mula buka mulut dedah dah sah berpisah untuk kali keempat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*