“Ngilu Tengok..” -Sabit Terbang Ke Muka Shahidan Izwan Ketika Sesi Penggambaran, Ellie Suriaty Rasa Bersalah

 

PETALING JAYA – Pelakon berkaliber Ellie Suriaty dih4ntui rasa bers4lah selepas tidak sengaja menyebabkan pelakon, Shahidan Izwan mengalami keced4raan apabila terkena sabit semasa menjalani penggambaran filem Telaga Suriram di Perlis, semalam.

Video

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Ellie atau nama lengkapnya Ellie Suriaty Omar, 52, mengakui berasa sangat bers4lah dan telah memohon m4af kepada Shahidan atas kejadian yang tidak disengajakan itu.

“Saya menyebabkan ‘kem4langan di set semalam ketika menjalani penggambaran Telaga Suriram. Ketika shoot (berlakon), sabit di tangan Mak Tijah (watak Ellie) terpelanting ketika bergelut dengan Jabet (watak Shahidan) sehingga terkena dahi dan hidungnya.

Tangkap layar permohonan maaf daripada Ellie menerusi Instagramnya.

“Saya minta m4af dan berasa sangat bers4lah kepada Shahidan Izwan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Ellie lega kerana pelakon itu tidak mengalami keceder4an serius dan telah dimaafkan Shahidan atas apa yang berlaku.

“Alhamdulillah. Syukur Allah SWT lembutkan hati Shahidan. Saya minta m4af sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, menerusi perkongsian yang dimuat naik Shahidan dalam Instagram miliknya telah berkongsi keceder4an yang dialaminya pada hidung dan dahi selepas terkena sabit.

Suasana di set penggambaran filem Telaga Suriram selepas pelakon Shahidan tercede4a akibat terkena sabit sewaktu menjayakan satu adegan pert4rungan.

Shahidan atau lebih dikenali sebagai Iwang Ali menganggap kema4angan yang terjadi sebagai suatu pengalaman yang tidak boleh dilupakan.

“Kem4langan di set Telaga Suriram. Kenangan yang tidak boleh dilupakan. Sabit rumput terbang ke muka.

“Tiada siapa yang s4lah. Inilah adat semasa berlakon. Pasti aka nada perkara yang tidak diingini berlaku. Doakan saya cepat sembuh dan tidak sabar mahu masuk ke set penggambaran semula,” katanya.

Selain Ellie Suriaty dan Shahidan, filem Telaga Suriram yang diarahkan oleh pengarah Osman Ali turut dibintangi oleh pelakon Nabila Huda, Maya Karin, Farid Kamil dan Scha Alyahya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : K! ONLINE

 

Be the first to comment on "“Ngilu Tengok..” -Sabit Terbang Ke Muka Shahidan Izwan Ketika Sesi Penggambaran, Ellie Suriaty Rasa Bersalah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*