“Tahniah bakal ibu” Netlzen Perasan Sesuatu, Sheila Rusly dah ready jadi nenek ke

Perkongsian sebuah video imbasan 2021 oleh pelakon popular, Elisya Sandha di laman Instagram miliknya mengundang perhatian ramai sehingga dia didakwa sedang hamil cahaya mata sulung.

Menerusi kompilasi pelbagai momen sepanjang tahun lalu itu, mata peminat dapat ‘menangkap’ satu foto memaparkan imbasan ultrabunyi yang terselit di dalam video berdurasi 12 saat itu.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Siaran dikongsi oleh Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Sebelum melangkah ke Tahun Baru, pelakon berusia 22 tahun itu meluahkan rasa syukur setelah berjaya mengharungi jatuh bangun bersama ahli keluarga dan insan tersayang.

“Syukur alhamdullilah for everything. Through all the ups and downs I’m blessed,” tulis Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Mohd Faisal.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut pelakon drama Ratu Ten Pin mula membuat spekulasi berhubung kehamilan tersebut selepas empat bulan Elisya mendirikan rumah tangga.

Selain itu, tldak kurang segelintir individu mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Elisya dan suaminya yang juga anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy.

Ternampak sesuatu lah!

komen netizen:

Tahniah bakal ibu…

Nampak foto ‘scan baby’ la

Bagaimanapun, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu belum mengumumkan sebarang berita gembira kepada umum.

Pasangan tersebut bernikah di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 21 Ogos lalu selepas lima tahun menjalinkan hubungan cinta.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : ig elisyasandhaofficial

 

Be the first to comment on "“Tahniah bakal ibu” Netlzen Perasan Sesuatu, Sheila Rusly dah ready jadi nenek ke"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*