“Owner butik bagi,” – Lain dari yang lain, pengantin baru selamba ‘wedding photoshoot’ masa banjir

 

Ramai masyarakat yang terkesan ak1bat mus1bah banjir melanda beberapa tempat di negara kita. Hujan lebat yang tidak henti-henti menyebabkan paras air naik dengan cepat sekaligus menyebabkan keros4kan barangan berharga.

Lebih menyedihkan, ada m4ngsa banjir yang kehilangan rumah dalam sekelip mata dibawa arus air yang deras, seperti yang dialami oleh selebriti iaitu Ebby Yus.

Namun, berbeza pula dengan gelagat sepasang pengantin baru ini, apabila telatah mereka yang tetap mahu mengadakan wedding photoshoot di kawasan banjir yang dipercayai di Pengkalan, Alor Gajah tular di laman Tiktok.

Video yang dikongsikan oleh @haraaaa_ memaparkan mereka sedang melakukan sesi penggambaran tersebut, dan dapat dilihat sepasang mengantin lain turut berada di lokasi yang sama.

Video:

Difahamkan, pengantin baru tersebut telah mendapat keizinan pemilik butik untuk mengabadikan detik bersejarah dalam hidup mereka walaupun berlatar belakang suasana banjir.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 76.5k tontonan, 2.8k likes dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada pengantin baru tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber: Tiktok

 

Be the first to comment on "“Owner butik bagi,” – Lain dari yang lain, pengantin baru selamba ‘wedding photoshoot’ masa banjir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*