Zizi Kirana Tak Tolak Jodoh Dengan Yusuf Bahrin

 

Kecoh panggilan sayang pelakon Yusuf Bahrin kepada penyanyi Zizi Kirana di IG Live baru-baru ini sekaligus menimbulkan tanda tanya netizen yang beranggapan mereka bercinta.

Zizi menjelaskan mereka kini berada dalam fasa berkawan baik, namun enggan meletakkan harapan tinggi kerana bimbang akan kecewa.

“Ya, kami berkawan baik dan saya selesa dengan Yusuf. Tapi kami tak pernah berjumpa atau keluar ‘dating’ pun, hanya berhubung menerusi telefon.

“Kalau boleh saya tak mahu letakkan sebarang harapan yang tinggi terhadap hubungan ini. Takut kalau tidak jadi, kemudian kecewa,” katanya.

Mengulas mengenai panggilan sayang daripada Yusuf, Zizi berkata ia hanya sekadar gurauan namun dia tidak menolak jika mereka ditakdirkan bertemu jodoh.

“Panggilan itu kami main-main sahaja tetapi tidak sangka ramai peminat yang memberi ‘lampu hijau’ terhadap kami. Bahkan ada juga yang mendoakan jodoh kami sehingga tular juga video itu dalam TikTok.

“Jika benar jodoh saya dengannya, saya tidak menolak. Doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Zizi mengakui dia sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri dan jika diberi pilihan mahu bercinta selepas kahwin.

“Saya sudah bersedia untuk bergelar seorang isteri tetapi biarlah masa yang menentukannya. Kalau boleh saya nak bercinta selepas kahwin sahaja,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber :  rotikaya

 

Be the first to comment on "Zizi Kirana Tak Tolak Jodoh Dengan Yusuf Bahrin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*