[VIDEO] Terima kasih! Kerana guru, murid 0KU penglihatan dapat peluang bebas berlari – “Alisya berjaya lari sejauh 5 kilometer”

 

“CIKGU dunia akh1rat…” itulah salah satu komen yang ditinggalkan pada video seorang guru lelaki sedang berlari bersama-sama muridnya.

Rakaman yang dimuat naik oleh guru berkenaan menunjukkan dia menjadi pengiring kepada seorang murid perempuan yang membuat larian kerana mempunyai mas4lah pengl1hatan.

Perkongs1an tersebut setakat ini meraih hampir 310,000 tontonan di aplikasi TikTok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Wan Muadzam Wan Abidin, 40, berkata, video itu dirakam sewaktu menyertai sebuah program larian di Dataran Shah Alam, Selangor pada tahun 2020.

Ketika itu, muridnya, Nur Yusrina Alisya bt Yusri, 12, yang mempunyai mas4lah pengl1hatan berlari bersamanya menggunakan alat bantuan yang dicipta khas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Video tersebut diambil ketika larian sambutan Hari Shah Alam Tanpa Kenderaan anjuran Jabatan Pendidikan Selangor pada 8 Februari 2020.

“Ketika itu saya berlari bersama Alisya menggunakan sebuah alat bantuan khas yang dikategorikan sebagai teknologi sokongan untuk 0KU.

FERGER

Azam (kanan) mencipta alat tersebut dengan bantuan beberapa rakan guru.

“Saya menamakanya sebagai Caballus RAfVi (Running Aids for the Visual Impairment) dan Alisya berjaya lari sejauh lima kilometer bersama saya dengan bantuan alat itu,” katanya yang merupakan seorang guru Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di Sekolah Kebangsaan Klang. Klang, Selangor.

Bapa kepada dua cahaya mata ini mencipta alat tersebut bagi memudahkan muridnya yang mempunyai mas4lah pengl1hatan untuk berlatih dalam persiapan sukan acara olahraga.

Tambahnya lagi, ia dapat membantu mereka dari segi navigasi, mobiliti dan stabiliti ketika sedang berlari.

“Alat ini berfungsi sebagai alat sokongan untuk 0KU penglihatan berlari, joging dan latih tubi. Secara umumnya alat ini memerlukan 0KU dan seorang guider yang akan membantu dari segi navigasi dan mobiliti.

“Melalui alat ini pelari 0KU akan dibantu dalam navigasi, mobiliti, stabiliti dengan kebebasan kelajuan berdasarkan kemampuan pelari tersebut.

“Idea asal adalah dari saya sendiri, kemudiannya dikembangkan dan bincang bersama guru besar ketika itu, Encik Hasni serta beberapa guru lain seperti Zurani Asfar, Ahmad Nadzri dan Syaiful pada tahun 2019.

frfer

Setiap ciptaan mengambil tempoh sebulan untuk disiapkan.

“Idea ni saya dapat apabila saya sering membawa murid-murid yang mempunyai mas4lah pengl1ihatan untuk acara larian dalam persiapan olahraga.

“Secara konvensional, guru akan berlari bersama murid dengan menggunakan tali atau murid memegang bahu mereka bagi membantu dari segi mobiliti dan navigasi,

“Tetapi guider atau guru akan mula rasa pen4t dan sak!t pada bahagian bahu apabila ditarik oleh murid. Ia mengg4nggu kemampuan stabiliti kedua-dua pelari dan guider,” ujarnya yang mesra disapa Azam.

Azam yang berasal dari Miri, Sarawak memberitahu, ciptannya mempunya tiga model pembangunan dan setiap satu mengambil masa sebulan untuk disiapkan.

Sama seperti inovasi baharu di luar sana, alat ciptaan Azam juga mengalami beberapa mas4lah sewaktu awal pembikinannya.

“Alatan ini sudah mempunyai tiga model pembangunan. Setiap model memerlukan satu bulan masa pembuatan, kecuali versi terbaharu iaitu yang ketiga ini masih dalam proses pembangunan.

“Setakat ini utuk model pertama kosnya adalah sebanyak RM500 dan bagi model kedua pula anggaran RM700 hingga RM800. Manakala model ketiga harganya sekitar RM1,500 hingga RM2,500.

 

Saya juga berharap agar masyarakat dapat menerima mereka sebaiknya dalam semua bidang.

WAN MUADZAM WAN ABIDIN

GURU

“Terdapat banyak masalah dalam dua versi awal, kami cuba mengatasinya dengan ciptaan terbaharu dari segi kelancaran, mudah alih, berat dan juga memberi ruang untuk pelbagai guna.

“Kami juga ada masalah dari segi wang dan perlukan khidmat pakar untuk ciptaan ini. Nasib baik ada rakan-rakan di luar sekolah yang sudi membantu,” katanya yang turut mendapat sokongan isterinya, Ernaliza Yahya, 38.

Menurut Azam, dia mencipta alat ini untuk membuka peluang kepada golongan OKU untuk bersukan dan mahukan masyarakat menerima mereka dalam apa jua bidang.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan terhadap usahanya.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pihak yang membantu dalam proses untuk mencipta alat ini.

REFRE

Azam (kiri) berharap agar golongan seperti Alisya diterima sebaiknya dalam semua bidang.

“Apa yang saya cuba lakukan ini adalah untuk membantu golongan ini dan memberi peluang kepada mereka untuk menceburi bidang sukan seperti kita semua.

“Saya juga berharap agar masyarakat dapat menerima mereka sebaiknya dalam semua bidang.

“Semoga video ini dijadikan sebagai satu usaha kita untuk membantu semua orang tanpa mengira kemampuan mereka ditahap mana,” katanya.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "[VIDEO] Terima kasih! Kerana guru, murid 0KU penglihatan dapat peluang bebas berlari – “Alisya berjaya lari sejauh 5 kilometer”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*