Tolonglah Cik B….

IPOH – Selesai membintangi drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’, anak jutawan kosmetik popular, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B muncul dengan single pertama berjudul Tolonglah.

“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di dera oleh pembantu rumah, kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.

“Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini walaupun ada yang tidak percaya, saya bukan macam anak orang kaya lain, saya dikurung, depresi dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pada pelancaran single ‘Tolonglah’ di kediamannya di Meru Heights, Jelapang di sini semalam.

Menurutnya, kemunculan single itu merupakan transisi baharu beliau untuk keluar dari kepompong pemalunya kepada selebriti yang bakal mewarnai dunia muzik tanah air.

“Lagu ini dihasilkan setahun lalu dengan mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk buat lagu itu. Cik B mahu keluar lebih awal tapi ketika itu rasa malu dan takut dengan media.

“Setelah setahun, baru sekarang saya rasa inilah waktu yang sesuai untuk lebih bersinar kerana mula percaya akan diri sendiri sekarang,” katanya.

Cik B berkata, pembikinan video dilakukan di rumah dan gudang sambil dibantu oleh kakitangan Wisma Vida Beauty.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Sinar Harian

Be the first to comment on "Tolonglah Cik B…."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*