30 Kotak, 30 Hari Untuk Andi Bernadee…

PENYANYI Andi Bernadee menerima hadiah misteri daripada seorang peminat tidak dikenali sempena ulang tahun ke-29 pada Ahad lalu.

Andi turut menyifatkan individu tersebut seorang yang kreatif dan perwatakan menarik kerana menghadiahkan 30 buah kotak yang mengandungi ucapan dan kata-kata serta permintaan untuk dilakukan setiap hari.

“Sejujurnya saya terkejut, kerana bagi saya, orang yang bagi hadiah ni sangat rajin dan orang yang perwatakan menarik.

“Masa saya terima kotak hadiah ni, pengirim bagi arahan untuk buka pada 1 November, tetapi hari jadi saya 30 November, saya pelik tapi saya anggap dia salah tarikh, mungkin dia nak suruh saya buka pada 1 Disember.

“Dalam kotak tu, ada 30 kotak lagi yang mempunyai kejutan dan dia menyuruh saya membuka sekotak sehari.

“Memandangkan dia salah tarikh dan arahan, saya rasa tak apa kalau buka semua terus,” ujarnya kepada mStar.

Andi terima 30 kotak hadiah daripada peminat misteri.

Sementara itu, mengulas tentang video dibaling tapung yang menerima kecaman netizen, Andi berkata, dia mengambil iktibar atas apa yang berlaku dan menasihati rakan-rakannya supaya tidak lagi mengulangi perbuatan itu.

“Saya harap kejutan melempar tepung itu tidak akan terus dikecam… saya sudah menasihati rakan-rakan saya jangan buat perkara yang tidak elok macam itu.

 

Saya akui itu satu pembaziran, jangan ikut contoh seperti ini.

ANDI BERNADEE

PENYANYI

“Saya akui itu adalah suatu pembaziran, jangan ikut contoh seperti ini. Apa-apa pun saya berterima kasih kepada semua yang memberi ucapan dan membuat kejutan kepada saya kerana yang paling bermakna tahun ini adalah semua kenangan.

“Walaupun di tengah pandemik, ramai yang masih ingat hari jadi saya, beri ucapan, hadiah, kejutan dan banyak lagi… sebak rasanya, di hari ulang tahun kelahiran saya tahun ini hanya boleh video call bersama keluarga, hampir setahun setengah tak balik jumpa mereka,” katanya kepada mStar.

Tindakan kawan Andi baling tepung menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Pada Ahad lalu, perkongsian video Andi meraikan ulang tahun kelahiran menimbulkan rasa kurang senang segelintir pengikut yang kurang bersetuju dengan cara teman-temannya membaling tepung kepada Andi.

Rata-rata menganggap perbuatan itu satu pembaziran dalam keadaan ekonomi yang kurang baik dan seolah-olah tidak bersyukur dengan makanan.

Dalam perkembangan lain, Andi kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari walaupun keputusan ujian calitan (swab test) pertamanya negatif.

Penyanyi lagu Satu Peluang ini sedang menjalani penggambaran drama Melastik ke Hatimu dan berhasrat untuk melancarkan album pertamanya pada tahun depan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Mstar

 

Be the first to comment on "30 Kotak, 30 Hari Untuk Andi Bernadee…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*