Rita Rudaini Seru Orang Ramai Fahami Maksud Al-Quran

Pelakon, Rita Rudaini menyifatkan selain daripada membaca, sebaiknya sebagai muslim kita hendaklah memahi maksud tersurat dan tersirat yang terkandung didalam kitab Al-Quran.

Menurut Rita, memahami maksud Al-Quran dapat menyentuh hati dan jiwa setiap manusia yang membacanya.

“Membaca Al-Quran dengan memahami makna tersurat dan tersirat mampu menyentuh hati dan jiwa manusia bahkan jin juga terkesan dengan keindahan bait-bait ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Rasulullah s.a.w. ketika solat.

“Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Orang yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”. (Hadith Aisyah r.a ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, Kitab Tafsir Al-Quran, Bab An-Naba:18, No hadith 4937),” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Mami Jarum itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram.

Dalam pada itu, Rita turut mengingatkan orang ramai supaya sentiasa meluangkan masa untuk membaca Al-Quran walaupun sepotong ayat setiap hari.

“Sesibuk mana pon kita dgn urusan kerja/dunia, bacalah walau sebaris ayat kerana urusan di dunia kita jugak pemberian dari ALLAH.

“Peringatan untuk diri saya sendiri dan anak-anak. Terima kasih ustaz @hjzalie mengajar keluarga kami,” tulisnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan terima kasih diatas peringatan tersebut selain turut mendoakan semoga kita sentiasa terbuka hati untuk mendalami ilmu Al-Quran.

Terdahulu, Rita bersama anak-anak kini dilihat sedang giat mengikuti kelas mengaji yang dikendalikan oleh Ustaz Haji Sazali.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber: Instagram Rita Rudaini

via Media Hiburan

 

Be the first to comment on "Rita Rudaini Seru Orang Ramai Fahami Maksud Al-Quran"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*