(Global) Enggan Kahwini Pilihan Keluarga, Gadis Nekad Panjat Papan Iklan

Kalau dipaksa makan makanan yang tak suka pun ada yang sakit hati, inikan pula dipaksa kahwin. Tambahan, yang dipaksa kahwin pula remaja perempuan di bawah umur. Kesian anak..

Di New Delhi, seorang remaja perempuan bertindak memanjat sebuah papan iklan di jalan raya kerana enggan mengahwini lelaki pilihan keluarganya. Difahamkan remaja perempuan tersebut sudah pun ada kekasih hatinya. Memetik daripada laporan media tempatan, kejadian tersebut berlaku di bandar Pardesipura, Indore, baru-baru ini.

 

 

 

 

Gambar yang dikongsi oleh agensi berita India, ANI diatas tular di media sosial menunjukkan gadis berkenaan duduk di atas papan iklan sambil bercakap di telefon. Polis sedaya upaya memujuk remaja perempuan tersebut untuk turun namun tidak berjaya.

Tindakan terakhir ialah meminta teman lelakinya datang ke tempat kejadian untuk memujuk remaja tersebut turun. Apabila ditanya, remaja perempuan itu menjelaskan ibunya meminta dia berkahwin dengan seorang lelaki pilihan keluarga. Bagaimanapun, dia enggan menerima lelaki tersebut dan nekad hanya menerima teman lelakinya sahaja sebagai pasangan hidup.

Nasib baik teman lelakinya datang pujuk untuk turun.. kalau tidak entah apa pula jadi kepadanya.

 

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber: HMetro

via KoolFM

 

Be the first to comment on "(Global) Enggan Kahwini Pilihan Keluarga, Gadis Nekad Panjat Papan Iklan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*