Dikecam Kerana ‘Prank’ Melampau, Ain Edruce Jelaskan Apa Yang Berlaku…

Malam semalam pelakon, Ain Edruce membuat perkongsian dengan memuat naik video mereka sekeluarga menyambut hari jadi anak buahnya, Ari.

Apa yang menjadi perbualan hangat pada komen posting tersebut apabila Ain cuba mengenakan anak buahnya dengan membenamkan muka Ari ke dalam kek.

Rata-rata netizen mengatakan tindakan pelakon berusia 28 tahun itu salah kerana boleh memberi kenangan pahit pada si kecil dan ada juga mengatakan takut-takut kalau ada lidi untuk menegakkan kek tersebut.

Bagaimanapun, selepas tiga jam posting tersebut dimuat naik, Ain kemudiannya memuat naik posting kesinambungan situasi tersebut.

Rupanya, niatnya gagal apabila hanya krim kek saja yang melekat pada baju Ari. Muka Ari langsung tidak kena pada permukaan kek langsung. Netizen hanya salah faham.

Kini, posting tersebut sudah dipadam untuk tontonan umum. Tak apa lah, janji semua dalam keadaan baik. Netizen jangan marah-marah lagi dan Ain lepas ni elakkan  posting menimbulkan kontroversi.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : KoolFM

Be the first to comment on "Dikecam Kerana ‘Prank’ Melampau, Ain Edruce Jelaskan Apa Yang Berlaku…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*