“Berasap telinga dengar!” – Lagi peserta Vokal Mania dikecam

Program nyanyian Vokal Mania yang bersiaran langsung setiap hari Sabtu merupakan program terbaru di TV3. Program tersebut  menampilkan beberapa artis popular negara yang berentap dengan artis baru atau BBNU menunjukkan kebolehan masing-masing.

Seperti minggu lalu, kali ini seorang penyanyi muda dikenali sebagai Aufahanie telah menjadi sasaran komen ‘pedas’ netizen berikutan penyampaian lagu yang kurang memuaskan.

Menerusi Twitter dengan hashtag #vokalmania, penyanyi muda yang bakatnya digilap menerusi program I Can See Your Voice itu teruk dihentam oleh warganet yang meragui kemampuannya bernyanyi.

Rata-rata mereka merasakan bahawa Aufa tidak layak berada di pentas tersebut dan perlu lebih banyak latihan lagi sebelum bersaing dengan nama besar yang lain.

 

— TZoners (Tengku Zafrul FC) (@IniAlannn) November 7, 2020

Selain itu, pengarah drama popular, Michael Ang turut memberi komen di laman Twitternya dengan menyifatkan nyanyian Aufa sangat teruk dan boleh membuatkan ‘telinga berasap’!

Walaupun kenyataan tersebut merupakan pandangan peribadi, ramai yang menyokong apa yang diperkatakan oleh Michael.

— Michael Ang (@MichaelAng38) November 7, 2020

— Cᴀʟʟ Mᴇ Rɪᴇ | أزهري (@Rie_Azhari89) November 8, 2020

— Diniyhaqiyasran (@diniyhaqiyasran) November 7, 2020

Ada juga yang membuat ulasan dengan menyatakan bahawa Vokal Mania merupakn satu program yang bagus kerana menunjukkan bagaimana ‘sepak terajang’ industri muzik negara yang  bukan sekadar popular di media sosial tapi perlu mempunyai kualiti yang baik semasa di pentas.

— Naufal Antezem (@NaufalAntezem) November 7, 2020

Walau bagaimanapun, Aufa telah menjelaskan apa yang berlaku pada malam tadi dengan memohon maaf keran tidak dapat membuat persembahan dengan sebaiknya.

Dia akui bahawa berasa sangat gementar dan tidak dapat mengawal pentas sebaiknya.

— Aufahanie! (@aufaamokhtar) November 7, 2020

Vokal Mania ini bersiaran secara langsung jam 9 malam pada hari Sabtu dan di hoskan oleh Datu AC Mizal serta Azira Syafinaz.

Dua juri tetap diperkenalkan iaitu Yusry Abdul Halim dan juga Misha Omar bagi memberikan komen kepada persembahan para penyanyi setiap minggu.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber: TV3, Twitter, Oh My Media

 

Be the first to comment on "“Berasap telinga dengar!” – Lagi peserta Vokal Mania dikecam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*