Hilang fokus, buat Azira silap tanya soalan pada Naim

Kuala Lumpur: Pelakon, pengacara, dan penyanyi, Azira Shafinaz, 29, mengakui dirinya silap bertanya soalan kepada Naim Daniel sewaktu mengacarakan program Vokal Mania di TV3, semalam.

Kesilapan itu mengakibatkan dirinya dilabel warganet tidak membuat kajian terlebih dahulu mengenai Naim yang sudah berlakon sejak kanak-kanak sebelum popular sebagai penyanyi.

Azira berkata, bukan dia tidak tahu penyanyi itu juga pelakon, sebaliknya hilang fokus menyebabkan cara pertanyaannya jadi salah.

“Saya akui memang silap cara pertanyaan yang saya sampaikan. Memang saya tahu dia sudah lama berlakon, bahkan pernah berlakon sekali dengannya dalam drama Pia pada tahun lalu.

“Cumanya, fokus saya terganggu seketika pada waktu itu selepas tersilap mengumumkan sesuatu disebabkan ada kesilapan teknikal. Saya ingin bertanya lain, namun soalan jadi silap pula.

“Soalan saya sebenarnya lebih kepada perkembangan lakonannya sekarang yang semakin aktif. Apapun, saya akui inilah kekurangan yang perlu saya perbaiki dari semasa ke semasa sebagai pengacara,” katanya.

KECOH di media sosial semalam.
KECOH di media sosial semalam.

Anggota kumpulan De Fam itu juga tidak menafikan tanggungjawab menjadi hos program siaran langsung itu sangat mencabar. Namun, dia bersyukur apabila gandingannya Datuk AC Mizal sentiasa memberikan kata semangat.

“Program Vokal Mania adalah satu pentas yang cukup besar dan memerlukan banyak kerja-keras untuk dikemudikan. Ia berbeza dengan program TV lain yang saya pernah hoskan sebelum ini. Saya kena belajar mengendalikannya dengan baik terutama apabila kesilapan berlaku.

“Saya bersyukur Datuk AC juga banyak memberi tunjuk ajar. Saya anggap kesilapan yang berlaku adalah sebahagian daripada proses pembelajaran untuk saya perbaiki diri,” katanya.

Semalam, kecoh di media sosial apabila warganet mendakwa Azira adalah seorang pengacara yang tidak cukup pengetahuan. Ia kerana dia bertanya kepada Naim bagaimana pengalamannya kini bergelar pelakon.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Masam Manis

Sumber : Harian Metro

 

Be the first to comment on "Hilang fokus, buat Azira silap tanya soalan pada Naim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*