Satu Malaysia Kena ‘Tipu’, Ini Wajah Sebenar Shah Rukh Khan Versi Temerloh!

Semalam, viral beberapa foto mengenai seorang lelaki yang dikatakan mempunyai iras wajah seperti pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan. Posting yang dimuat naik oleh Fendi Ismail ternyata mencuri tumpuan masyarakat terutama golongan wanita yang teruja akan kekacakan wajahnya.

Namun begitu, keterujaan tersebut hanyalah seketika kerana segelintir netizen berjaya ‘membongkar’ wajah sebenar Shah Rukh Khan versi Temerloh itu!

Lelaki yang berasal dari Temerloh, Pahang itu dipercayai bekerja sebagai penebar roti canai di samping bertugas sebagai Ahli Jawatankuasa di sebuah masjid. Menurut Fendi, ramai masyarakat yang sudah keliru dan bercakap mengenai matanya yang sama seperti Shah Rukh Khan. Ujarnya lagi, ada juga yang membelanja dan memandangnya sejak belakangan ini.

Menerusi Twitter, netizen meluahkan perasaan kecewa kerana lelaki tersebut menggunakan aplikasi ‘face app’ untuk mengubah wajah menjadi seperti pelakon berkenaan dan hanya sekadar suka-suka.

Di seluruh dunia ada 7 muka yang akan sama dengan muka kita. Mungkin di luar negara. Tetapi ini muka yang ke-8 kerana edit sendiri.

Terbaru, Fendi meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana percaya wajahnya seiras pelakon Bollywood itu. Tambahnya, ianya sekadar hiburan. Di samping itu, dia memberitahu sejak viral foto tersebut, ramai orang ingin jadi pengikutnya di media sosial.

Lebih melucukan, seorang lelaki muncul di ruangan komen mendakwa Shah Rukh Khan yang diperkatakan tersebut merupakan ayahnya. Lelaki tersebut turut memuat naik foto wajah sebenar ayahnya itu. Bagi para peminat pula, mereka merasa hampa dan menganggap lelaki persis Shah Rukh Khan itu telah memberikan harapan palsu kepada mereka.

Sumber: Fendi Ismail

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : OHBULAN

 

Be the first to comment on "Satu Malaysia Kena ‘Tipu’, Ini Wajah Sebenar Shah Rukh Khan Versi Temerloh!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*