Gelagat Ayda Jebat Bersama Adik-Beradiknya, “Alahai Buat Lawak..”

Air yang dicincang tidak akan putus. Begitulah ibaratnya hubungan adik-beradik. Bergaduhlah macam mana sekalipun, hubungan ini pasti akan berbaik semula di akhirnya. Sewaktu kanak-kanak, banyak masa dihabiskan bersama adik-beradik sendiri. Suka dan duka bersama.

Namun bila sudah dewasa masing-masing membawa haluan sendiri. Mana yang sudah bekeluarga sibuk dengan urusan mereka, mana yang belajar dan bekerja di negeri lain lagi. Namun dalam hubungan adik-beradik, pasti dalam beberapa bulan sekali akan mencari peluang untuk berkumpul dan duduk bersama.

Sama seperti yang dilalui pelakon dan penyanyi bernama Ayda Jebat ini. Dia dan adik-beradiknya jarang berjumpa, namun bila sekali berkumpul macam-macam gelagat! Ayda Jebat baru-baru ini berkongsikan satu video yang memaparkan dirinya meluangkan masa bersama mereka.

Gelagat Ayda Jebat bersama adik-beradiknya dikongsikan menerusi laman Instagram selebriti ini seperti berikut:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

🤣🤣🤣 . Korang ada ke adik beradik macam ni? Jarang jumpa, sekali jumpa macam nak terbalik rumah! Menari pakai selimut pun boleh. Tag adik beradik korang. 🤣 . Minat Tokti dari dulu! Tokti dah ada new album, cepat beli! 😍 . #AydaJebat #Jebats #Nirmala #manifestasiti2020 #sitizoners

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on

Adoi, macam-macam perangai ya. Boleh tahan ‘masuk air’ juga kepala masing-masing ini! Video gelagat Ayda Jebat bersama adik-beradiknya ini telah meraih lebih 755 ribu tontonan dan 83 ribu likes.

Rata-rata warganet turut boleh kaitkan diri mereka dengan situasi tersebut. Mereka meninggalkan komen tersebut seperti berikut:

“Hahaha tak tahan nak gelak bila dia start bangun”

Ayda Jebat adik beradik 1

“Macam kita, kalau jumpa mesti nak roboh rumah mak tu..5 perempuan ko rasa…”

Ayda Jebat adik beradik 2

“Ada adik beradik yang riuh cam ni. Tapi memang selalu riuh rumah. Tak pernah sunyi…Sporting Kak Aida ni”

Ayda Jebat adik beradik 3

Sementara itu, jom layan beberapa artikel menarik dari kami yang lain seperti berikut:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "Gelagat Ayda Jebat Bersama Adik-Beradiknya, “Alahai Buat Lawak..”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*