Permit Kerja Rayhan Kabir Sudah Dibatalkan, Bakal Diusir Balik ke Negara Asal

 

Lelaki warga asing bernama Rayhan Kabir kini hangat diperkatakan orang ramai susulan dakwaan tidak berasas beliau terhadap kerajaan.

Sejak itu Rayhan diburu pihak polis selepas kenyataan beliau dalam saluran berita antarabangsa Al-Jazeera yang memburokkan pihak berkuasa Malaysia.

Sebagai individu warga asing yang diberi peluang mencari rezeki di negara ini sehingga mereka akhirnya menjadi kaya raya, tuduhan tidak sepatutnya terhadap kerajaan sama sekali tidak boleh diterima.

Sebaik berita tersebut menjadi pertikaian ramai, kerajaan digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap Rayhan.

Terkini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah membatalkan permit kerja lelaki warga BangIadesh, Md Rayhan Kabir yang ditemu bual agensi berita antarabangsa, AI Jazeera dalam laporan dokumentarinya.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador yang memaklumkan JIM sudah membatalkan permit kerja Md Rayhan.

” Oleh itu, dia perlu menyerah diri sebelum diusir balik ke negara asalnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Selasa lalu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai mengesan lelaki BangIadesh dikenali Md Rayhan Kabir.

Pemuda berusia 25 tahun itu dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Pada 3 Julai lalu, AI Jazeera menyiarkan dokumentari berjudul Locked Up in Malaysia’s Lockdown dengan Md Rayhan Kabir dilihat mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskr1minasi dalam mengendali kes COVlD-19 membabitkan warga asing.

Tudoh PATI dilayan seperti binat4ng

Sebagaimana kenyataan Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam, Rayhan Kabir antara lain mendakwa pihak berkuasa Malaysia melayan pendatang asing tanpa izin (Pati) seperti binat4ng.

” Saya hanya ingin dia jelaskan apa yang dimaksudkan pihak berkuasa melayan Pati seperti binat4ng.” kata Hamid

Terdahulu sumber memberitahu, permit kerja dalam sektor pembinaan yang dimiliki Rayhan kini memasuki tahun ketiga di negara ini untuk bekerja dalam sektor pembinaan.

Difahamkan, permit kerja bagi pekerja asing boleh dilanjutkan sehingga 13 tahun namun perlu diperbaharui setiap tahun.

Jabatan Imigresen Malaysia semalam meminta kerjasama orang awam untuk menjejak Rayhan Kabir, berusia 25 tahun dan dikesan di alamat terakhir di Sirhan Legacy, Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Terdahulu Malik Streams Production & Distribution Sdn Bhd telah menafikan Rayhan Kabir sebagai ketua pemasaran dan kakitangan syarikat itu.

Untuk rekod, Rayhan pernah memberikan perkhidmatannya sebagai kontraktor tetapi tidak pernah menjadi pekerja di syarikat produksi.

Sehingga kini Rayhan masih bersembunyi dan usaha giat sedang dijalankan bagi mengesan beliau termasuk mencari di tempat tinggalnya dengan bantuan rakannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : https://www.asiakini.com/

 

Be the first to comment on "Permit Kerja Rayhan Kabir Sudah Dibatalkan, Bakal Diusir Balik ke Negara Asal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*