‘Saya Hanya Reda & Bersabar…’ – Bella Astillah Bersalin Tanpa Aliff Aziz Disisi

Bella Astillah sebelum ini telah disahkan bercerai dengan penyanyi terkenal Singapura iaitu Aliff Aziz. Pasangan ini bagaimanapun telah rujuk kembali dalam tempoh edah tetapi perkara itu dirahsiakan umum.

Terbaru, memetik laporan BH Online, kelihatan Bella Astillah terpaksa memasuki dewan bersalin sendirian tanpa ditemani suami disisi untuk melahirkan anak kedua mereka.

Difahamkan Aliff Aziz masih berada di Singapura dan sudah berbulan tidak dapat bertemu disebabkan pintu sempadan masih lagi ditutup. Walaubagaimanapun,  Aliff tak lupa tanggungjawab sebagai suami dan bapa.

Aliff tanpa gagal menghubungi setiap hari bertanya khabar mengenai saya dan anak, Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun.

Kesibukan kerja juga menyebabkan saya tidak sempat melayan perasaan. Lagipun, saya tidak bersendirian, ibu, ayah dan adik beradik sentiasa menemani. Jadi, saya tidak kesunyian atau sedih terpaksa melalui proses mengandung dan bersalin tanpa suami di sisi.

Fokus saya hanya mahu proses bersalin berjalan lancar. Lagipun, saya sudah dewasa, tiada masa untuk terlalu banyak berfikir hal sedemikian. Sebaliknya, saya hanya reda dan bersabar dengan apa yang berlaku.

Boleh dikatakan Bella dan Aliff sentiasa berhubung walaupun berjauhan buat masa ini. Mereka saling bertanya khabar dan berbual bersama anak melalui telefon.

Walaupun berjauhan tidak bermakna Aliff melepaskan tanggungjawabnya. Kami berhubung setiap hari sama ada melalui panggilan suara dan video. Suami selalu mengambil berat mengenai saya dan bayi dalam kandungan, jadi saya tidak terasa sunyi.

Apa yang berlaku adalah sesuatu yang tidak dijangka. Saya akan mengikut sahaja keadaan, jika pintu sempadan di buka kembali, Alhamdulillah. Saya percaya ini semua dilakukan untuk kebaikan, jadi tak perlu untuk saya mengeluh. Semua orang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Sumber: BH Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : OH BULAN

 

Be the first to comment on "‘Saya Hanya Reda & Bersabar…’ – Bella Astillah Bersalin Tanpa Aliff Aziz Disisi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*