Siapa Aen Syahera? Selain Menjadi Jutawan di Usia Muda, Ini Biodata Beliau Yang Ramai Tak Tahu

Mungkin ramai yang tidak kenal dengan gadis bernama Aen Syahera ini.

Gadis cantik ini adalah usahawan kosmetik yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Dilahirkan di Rantau Panjang, Kelantan, beliau telah mencapai status usahawan berjaya dan menjadi jutawan di usia yang sangat muda.

Berbekalkan wajah yang cantik menawan, Aen Syahera yang kini berumur 27 tahun merupakan pengasas kosmetik jenama Syahera Beauty. Antara produk keluaran syarikatnya adalah Luxury Gold, NAS Syahera Beauty, Mixfruit Luxury, Curve Exclusive (produk detox), Whiterich dan Syahera Scarf.

Biodata Aen Syahera

Nama Penuh: Nurulain Syahirah Binti Mat Hasmuni

Asal: Rantau Panjang, Kelantan

Tarikh Lahir: 9 Disember 1993

Umur: 27 Tahun (2020)

Pendidikan: Diploma Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Warganegara: Malaysia

Bangsa: Melayu

Agama: Islam

Status: Menerusi semakan, tidak dijumpai status sebenar Aen samada masih bujang atau sudah berkahwin.

Kerjaya: Usahawan Kosmetik dan Pengasas Syahera Beauty

Produk: Luxury Gold (khusus untuk wanita), NAS Syahera Beauty (kegunaan lelaki dan wanita), Mixfruit Luxury, Curve Exclusive (produk detox), Cream Whiterich, Syahera Scarf

Kejayaan: Pernah dinobatkan sebagai Ikon Festival Wanita Muda 2016 yang telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Razak Tun Abdul Razak di PWTC

Instagram: @aensyahera

Fakta Menarik

Mula terjvn ke bidang perniagaan dengan menjadi ejen dropship, seterusnya stokis dan akhirnya menjadi founder Syahera Beauty.

Mengasaskan produk kosmetik sendiri pada usia 24 tahun. Mula dikenali ramai apabila muncul dalam video viraI bersama Youtuber popular, Syahmi Syazli.

Pernah digelar ‘Gadis Kampung’ suatu ketika dahulu dan sehinggalah produk kosmetiknya menjadi laris serta mendapat liputan di radio THR Gegar dan Majalah Mingguan Wanita.

Kejayaan yang dikecapinya kini bukan bermakna beliau tidak pernah menemui kegagaIan.

Antara kata-kata nasihat daripada beliau: “Waktu kita susah takde sorang pun yang datang tolong dan tak akan ada orang yang akan ubah nasib kita kalau bukan diri sendiri.

Buat sesuatu kerja dengan niat ingin bantu family, ubah nasib keluarga untuk lebih senang.”

Antara pengalaman jatvh bangun perniagaan yang tidak boleh dilupai adalah sewaktu COD produk dengan menaiki motosikal di tengah panas sehingga disam4n p0lis kerana tiada lesen memandu.

Dan sewaktu menaiki motorsikal menghantar produk tersebut, tiba-tiba turun hujan dan basah segala jenis produk yang dibawa.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : My Metro

Be the first to comment on "Siapa Aen Syahera? Selain Menjadi Jutawan di Usia Muda, Ini Biodata Beliau Yang Ramai Tak Tahu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*