Ebit Lew sebak lihat kehidupan daif To’ki, hadiahkan peti ais dan mesin basuh – “Dari jauh dia sambut dan peIuk saya”

KEHIDUPAN daif yang dilalui penyanyi terkenal To’ki bersama isteri tercinta, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, mendapat perhatian pendakwah terkenal iaitu Ebit Lew.

Ebit meluahkan rasa sebak melihat keadaan To’ki dan isterinya yang sak1t tinggal di sebuah pondok kecil sejak setahun lalu.

Menurut Ebit, To’ki menyambut kedatangannya pada Rabu dengan peIukan yang kuat seperti mereka sudah lama mengenali satu sama lain.

Ebit berkongsi keadaan rumah To’ki bersama isternya yang sak1t.

“Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Best-best lagu. Ramai tag saya di FB berita ini. Saya terus ke sana. Sampai saja dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini.

“Sekali sampai pondok ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sak1t. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat. Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peIuk saya.

“Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz,” kata Ebit menerusi laman sosial miliknya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan kata pujian daripada netizen yang mendoakan agar segala urusan Ebit membantu penyanyi lagu Hampa itu dipermudahkan.

Insya-Allah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai serta bilik air.

EBIT LEW

PENDAKWAH TERKENAL

Sebelum ini, kisah mengenai To’ki yang tinggal di pondok kecil di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor bersama isterinya yang sak1t menjadi perhatian umum.

Kata To’ki, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun teratak kecil ini baginya saling tidak ubah sebuah ‘syurga’ buat dia dan isteri.

Dugaan berganda buat To’ki apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami pat4h tuIang pingguI akibat kemaIangan pada 10 Jun lalu.

To’ki juga ada meluahkan hasrat untuk mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.

Ebit kongsi momen ketika bertemu To’ki.

Dalam pada itu, Ebit memberitahu dia yang menghadiahkan sebuah peti ais serta mesin basuh untuk pasangan tersebut.

Selain itu, menerusi siaran langsung Ebit, individu yang dikenali sebagai Hj Hamid dari Kulim, Kedah juga akan memberikan kayu pain untuk membina sebuah rumah cantik untuk To’ki dan isteri.

“Insya-Allah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai serta bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh.

“Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang,” ujarnya.

To’ki turut menerima bantuan dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan iaitu sebuah kediaman kondusif yang sewanya akan dibayar selain komputer riba.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Ebit Lew sebak lihat kehidupan daif To’ki, hadiahkan peti ais dan mesin basuh – “Dari jauh dia sambut dan peIuk saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*