“Ada Yang Cuba ‘Ambil’ FB Arw@h Suami Saya” – Hidayah Tak Boleh Akses Masuk Media Sosial Abam

Balu arw4h pelawak Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd. Ali mendedahkan bahawa terdapat pihak yang cuba ‘mengambil’ akaun media sosial suaminya.

Menurut Nor Hidayah, perkara itu disedarinya selepas gagal mengakses masuk ke akaun Facebook milik suaminya awal pasgi tadi.

“Ada yang cuba ambil atau godam Facebook Syed Umar Mokhtar, arw4h suami saya.

“Baru lepas tadi saya update pasal anak saya Hamzah, tapi sekarang tak boleh boleh buka,” katanya menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram miliknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ada yang cuba ambil @ hack Facebook Syed umar mokhtar 🤔 arwah suami saya ,baru lepas tadi saya updte pasal anak saya hamzah tapi sekarang xboleh bukak 🤔.. #jangansibukhalorang #biarorangbuatkitajangankitabuatorang #allahada

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Menurut Hidayah lagi, akaun Facebook suaminya mustahil dinyahkatif automatik selepas arw4h meninggal dunia memandangkan akaun tersebut menggunakan alamat emailnya sebagai pengesahan masuk.

“Email memang saya punya tapi nama FB Syed Umar Mokhtar memang dah tak ada,” jelasnya.

Dalam posting tersebut, Nor Hidayah turut berkongsi paparan Facebook yang menunjukkan akaun milik suaminya itu sudah berstatus ‘disable’.

Lebih menghairankan, katanya, akaun Instagram suaminya, @abam_bocik yang diuruskannya selama ini juga cuba digodam.

 

“Pagi ni pula ada orang cuba godam IG arw4h,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata meminta Hidayah untuk bersabar dengan apa yang dilaluinya kini.

“Bulan puasa pun busuk hati ke?

“Kasihannya. Semua kenangan nak dirampasnya. Semoga awak tabah dan dalam rahmat lindungan Allah,” tulis sebahagian netizen.

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVlD-19!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : GEMPAK

 

Be the first to comment on "“Ada Yang Cuba ‘Ambil’ FB Arw@h Suami Saya” – Hidayah Tak Boleh Akses Masuk Media Sosial Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*