[Terkini] Ibu bapa boleh pulang ke kampung dan bermalam HANYA untuk mengambil anak

Dalam sidang media harian Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memaklumkan ibu bapa yang anak-anak mereka berada di kampung, dibenarkan untuk pulang ke kampung bagi mengambil anak masing-masing.

Malah mereka juga dibenarkan untuk bermalam sehari atau dua (negeri yang jauh) jika perlu sebelum pulang ke bandar, bagaimanapun kebenaran polis diperlukan untuk tujuan ini.

*Perlu dimaklumkan menerusi GerakMalaysia

Sebelum ini polis mengeluarkan jadual perjalanan rentas negeri bermula esok, 7 Mei sehingga 10 Mei.

7 Mei (Khamis): Merangkumi pergerakan pulang dari Kuala Lumpur (perjalanan mengambil anak di kampung)

*permohonan perlu dibuat menerusi GerakMalaysia

8 Mei (Jumaat): Merangkumi pergerakan pulang dari Perak, Johor dan Kelantan.

9 Mei (Sabtu): Merangkumi pergerakan pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang

10 Mei (Ahad): Merangkumi pergerakan pulang dari Selangor, Negeri Sembilan, dan Terengganu.

Kita Bebas! tiada lagi had masa keluar, namun ada satu lagi yang rakyat masih lagi dilarang buat

Tiada lagi larangan perjalanan selepas pukul 10 malam atau pergerakan rentas daerah di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), kata Menteri Kanan (kluster pertahanan) Ismail Sabri Yaakob.

“Dari segi pergerakan sudah pun dibebaskan (untuk perjalanan) antara daerah (dan) tiada had dari segi jangka masa untuk keluar.

“Dalam peraturan baru, tiada (had seperti sebelum ini),” katanya ketika sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita berkenaan perkara itu selepas PKPB mula berkuat kuasa semalam.

Berhubung perjalanan rentas negeri pula, beliau berkata larangan masih terpakai tetapi perjalanan boleh dibuat antara 7 hingga 10 Mei ini dengan permohonan dibuat kepada pihak berkuasa. Berkenaan perjalanan rentas negeri menggunakan pengangkutan awam, Ismail berkata polis masih meneliti perkara itu.

“Polis sedang buat kajian, misalnya berkenaan berapa jumlah (bas) yang diperlukan.

“Ini kerana pergerakan antara negeri masih tak dibenarkan, oleh itu kenderaan awam seperti bas ekspres belum (beroperasi),” katanya yang juga menteri pertahanan.

Penetapan ini berbeza dengan PKP sebelum ini yang mana kerajaan hanya membenarkan seorang pemandu untuk setiap kereta persendirian antara 6 pagi hingga 10 malam.

Menerusi pewartaan PKPB, kenderaan persendirian dengan maksimum empat penumpang telah dibenarkan keluar dengan syarat kesemua penumpang tersebut perlu dari kediaman dan keluarga yang sama.

Bagaimanapun, perjalanan rentas sempadan negeri masih tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain.

Menurut Seksyen 4(1) warta persekutuan 3 Mei yang dikeluarkan Menteri Kesihatan Dr Adham Baba, orang ramai boleh melakukan perjalanan dalam “kawasan tempatan jangkitan” kecuali di kawasan PKP diperketatkan, melainkan mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.

Pewartaan itu menandakan permulaan pelonggaran PKP bagi pembukaan semula ekonomi.

Ismail berkata polis kini akan mula memberi tumpuan kepada penguatkuasaan syarat dan peraturan yang ditetapkan kepada industri yang kembali beroperasi.

Peraturan itu antara lain pelaksanaan pembersihan di premis, ujian saringan terhadap pekerja asing dan pengamalan penjarakan sosial. Katanya lagi, penguatkuasaan akan bermula dengan amaran sebelum disusuli dengan tindakan lebih tegas.

Sumber: Lobak Merah | FMT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Kisah Benar

 

Be the first to comment on "[Terkini] Ibu bapa boleh pulang ke kampung dan bermalam HANYA untuk mengambil anak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*