[Video] Keadaan Terkini Puteri Balqis

Siapa tak kenal dengan pelakon cilik, Puteri Balqis yang suatu ketika dahulu sering menghiasi kaca TV dengan bakat lakonannya yang sering meninggalkan k3san. Namun sejak disahkan mempunyai penyak1t hati, dia terus menyepikan diri daripada dunia hiburan

Terbaru, sedutan iklan rancangan Bersamamu yang bakal ditayangkan 12 Januari ini mengejut orang ramai apabila memaparkan kehidupan Puteri Balqis yang berubah secara drastik. Sedihnya.

TerpVtus makan 2,3 hari

Belum lagi ditayangkan, iklan rancangan realiti Bersamamu bersama Puteri Balqis mengejutkan orang ramai apabila pelakon cilik itu mengulas perubahan hidupnya yang kini berubah 360 darjah sehingga terpaksa ikat perut.
Perubahan tiba-tiba itu indah sebenarnya. Tuhan tak mahu kami lupa diri. Terputus makan itu pernah la dalam dua tiga hari tapi tak pernahlah sampai seminggu. Kami ikat perut.

Lebih menyed1hkan dalam sudutan itu, Balqis turut meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk kembali mengingati Tuhan.

 

Orang nampak Puteri sudah okay

Malah ibunya yang dikenali sebagai Norashikin Mohamad Aziz atau Nouryl juga meluahkan isi hati berkait dengan tahap kes1hatan anaknya.

Orang tak nampak benda itu. Yang orang nampak Puteri sudah okay. Orang nampak Puteri berlakon dan fikir dia dah okay.

Sedutan iklan itu menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya bers1mpati dengan nasib pelakon itu. Tak kurang juga yang terkejut bagaimana perubahan drastik itu berlaku ke atas seorang pelakon yang cukup berbakat, seolah-olah tiada pertolongan.

Bagi ibunya, Nouryl, meskipun di luaran anaknya nampak seperti sihat namun, dia masih risaukan akan kesihatan Aqish yang tidak menentu, ditambah pula dengan masalah kewangan yang dihadapi.

Dalam perkembangan terbaru, kini pelakon cilik itu bersama ibunya sedang sibuk melakukan jualan buku puisi tulisannya sendiri, iaitu berjudul ‘38 Poems by Puteri Balqis’.

Bagaimanapun episod penuh rancangan realiti Bersamamu bersama Puteri Balqis akan ditayangkan 12 Januari ini pada jam 6.30 petang.

Ramai sedih

Bila Badrul Bicara: Menyelami Isi Hati Nouryl Dan Puteri Balqis

Saya mengenali Puteri Balqis dan keluarganya pada tahun 2014. Ketika itu kami sama-sama berniaga di Uptown Kota Damansara. Nouryl, ibu Puteri Balqis dan Azizi (suaminya ketika itu) berniaga pakaian. Saya dan beberapa orang rakan turut berniaga pakaian.

Bermula di situ perkenalan saya dan mereka. Saya melihat mereka seperti keluarga lainnya. Cuma mungkin waktu kerja yang sedikit berbeza. Berniaga malam hingga ke pagi dan rehat di siang hari manakala mungkin orang lain bekerja di siang hari dan berehat di waktu malam.

Namun saya kagum dengan keluarga mereka. Walaupun kehidupan malam dan siang menjadi terbalik, tetapi perkara-perkara lain tetap sama. Ketika itu Balqis atau mesranya Aqish baru berusia tujuh tahun, tetapi zaman kanak-kanaknya tidak jauh beza dengan kanak-kanak lain. Selain berniaga, Azizi turut menguruskan hal ehwal lakonan Aqish, manakala

Kerana di Uptown itulah menjadi tempat permainan Aqish dan di situ jugalah tempat pembelajarannya. Setiap malam, Nouryl akan memastikan Aqish belajar pelbagai mata pelajaran. Daripada Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Malaysia, hinggalah mengaji Al-Quran.

Habis belajar, baru boleh bermain dengan kawan-kawan yang juga merupakan anak-anak peniaga lain yang turut sama berniaga di Uptown itu.

Dengan perkongsian cerita dan video ini dapat menamatkan segala spekulas1, mahupun cerita yang bukan-bukan tentang mereka. Sama-samalah kita berdoa agar Puteri Balqis kembali s3mbuh dan tahun 2020 nanti bakal menjadi lebih baik buat kehidupan mereka berdua.

Sumber : Bersamamu tv3

Be the first to comment on "[Video] Keadaan Terkini Puteri Balqis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*