Tahniah Puteh Muncul Juara Maharaja Lawak Mega Musim 2019.

Untuk pengetahuan anda, Maharaja Lawak Mega merupakan rancangan pertandingan lawak. Program hiburan ini menampilkan peserta-peserta yang akan diberikan tema mingguan kemudian perlu mempersembahkan lawak mereka di hadapan juri dan juga penonton. Undian akan dilakukan setiap minggu bagi menentukan pasukan manakah yang layak mara ke minggu seterusnya dan pasukan mana pula yang akan tersingkir pada minggu berkenaan.

BACA-Bocey akhirnya kalah, Bocey masuk setiap tahun pun, bukannya Bocey boleh jadi kaya- ABAM

 

cabaran peserta-peserta Maharaja Lawak Mega bagi musim 2019 kini berada dikemuncaknya iaitu persaingan akhir dalam usaha mereka untuk merebut gelaran Juara dan hadiah utama yang lumayan berupa wang tunai bernilai RM500,000

Maharaja Lawak Mega 2019 minggu final akan berlangsung pada hari Jumaat, 10 Januari 2020 jam 900 malam di Dewan Teater Selangor, Shah Alam serta turut disiarkan secara siaran langsung menerusi saluran Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (124)

Peserta Maharaja Lawak Mega 2019 yang layak bersaing di pentas akhir MLM ialah kumpulan Bocey, Rare, J-Born, Puteh dan Zero

Keputusan bagi kesemua finalis Maharaja Lawak Mega 2019 akhir akan diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian penonton melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS)

Maharaja Lawak Mega pada edisi 2019 adalah diadaptasi daripada drama antarabangsa ‘Stranger Things’ sebagai pemilihan montaj dan juara bertahan adalah Kumpulan Shiro

KEPUTUSAN PEMENANG JUARA MAHARAJA LAWAK MEGA 2019 AKHIR

 

BACA–>>wajah terkini Zul Ariffin YANG M3NG3RUTU

 

Kelima adalah kumpulan Rare, Keempat J-Bron. Ketiga Bocey Kedua Zero dan Juara adalah Puteh . tahniah juara maharajalawak musim 2019. memang kaya dapat duit menang. haha

Sebanyak lima hadiah berupa wang tunai dan trofi disediakan untuk lima pemenang bagi edisi kali ini. Pemenang tempat kelima bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan trofi. Bagi tempat keempat, pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan trofi. Sementara itu, pemenang tempat ketiga, bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM150,000 dan trofi. Pemenang tempat kedua pula bakal menerima hadiah kemenagan bernilai RM250,000 dan trofi. Juara MLM 2019 bakal menerima hadiah kemenangan berjumlah RM500,000 dan trofi.

Rancangan ini dihoskan oleh pengacara tetap Maharaja Lawak Mega iaitu Ac Mizal. Manakala ianya disertai oleh perserta-pesrta yang kerap dilihat muka mereka ketika ada pertandingan Maharaja Lawak Mega. Terutamanya kumpulan Bocey yang mana tidak pernah miss pun untuk join MLM ini setiap tahun.

Apa-apapun, kami mengucapkan tahniah di atas kemenangan juara MLM 2019 pada kali ini.

Be the first to comment on "Tahniah Puteh Muncul Juara Maharaja Lawak Mega Musim 2019."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*