Kami Terus ke Tmpat Kjadian Dan Mngsa Seorang Budak Sekitar 12 Tahun, ‘Tolong Anak Sy Doktor, Tolonglah’

” Tolong anak saya ni, doktor. Tolonglah!”

Jadi petugas kesihatan ni, kadang-kadang kami terpaksa buang hati kita jauh-jauh. Bukan kami mahu, tapi terpaksa. Demi tuntutan kerja. Demi memberi perkhidmatan yang adil.

Terima panggilan kecemasan, mngsa lmas di tasik. Kami bergegas ke tempat kejadian. Tiba di sana kami dapati mngsa seorang budak sekitar 12 tahun, seorang . Dikerumuni beberapa orang dewasa.

Budak tu dah biru, kaku. Bila diperiksa, tak ada tanda kehidupan (vital sign). Kami CPR juga! Saya buat tek4nan dada, MA beri udara guna beg pam.

Semasa kami CPR, GIRN(walkie talkie) berbunyi “Apa status kes di ********(nama tempat yang kami pergi ni)? Kami terima satu kes lagi ni. Perlu respon segera.”

Panggilan tu dari MECC, pusat panggilan kecemasan medikal. Pemandu ambuIans beritahu keadaan di sini. MECC kata, ambuIans lain berada jauh dari tempat kejadian, kami paling dekat.

” OK, lagi 10 minit, kita orang gerak!”

Memandangkan kami dah CPR hampir 30 minit, dan mngsa lmas ni tak menunjukkan apa-apa tanda kehidupan, maka kami hentikan usaha, sahkan mngsa telah mninggaI dan berkemas untuk berkejar kepada kes seterusnya.

” Nak bawa pergi hspital mana ni?”

Tiba-tiba datang seorang lelaki bertanya soalan ni dengan muka cemas. Saya beritahu bahawa kami tak akan bawa mngsa ke hspital, kerana mngsa sudah mninggaI dan ia sudah jadi urusan pihak poIis.

” Tolong anak saya ni, doktor. Tolonglah!”

Merayu-rayu dia pada kami. MaIangnya yang telah pergi, tetap pergi dan tiada apa lagi yang boleh kami lakukan. Lelaki tu dukung anaknya, dan hendak dibawa masuk ke dalam ambuIans.

Berkali-kali saya minta maaf dan minta diri, tapi lelaki tu halang kami. Pemandu ambuIans dah hilang sabar, tapi nasib baik pegawai poIis tiba sebelum ada kekasaran fizikal berlaku.

Sebaik sahaja pegawai boleh ambil alih situasi, kami bergegas ke kes kedua. Banyak pula kenderaan tak beri laluan, padahal siren ambuIans dah dipasang. Terpaksa hon.

Sampai sahaja ke destinasi, kami bergegas naik ke tingkat 4 sebuah flat gunakan tangga. Flat berkenan tak ada lif. Di tingkat 2, langkah masih deras, namun di tingkat 4, kaki dah longlai kehabisan tenaga.

Sampai rumah berkenan, kami dapati seorang wanita berumur tak sedarkan diri. Bila periksa, dah tak ada tanda kehidupan. Kena CPR lagi.

Setelah 30 minit berlalu, kami sahkan kem4tian kedua pada hari berkenaan. Mula-mula anak si m4ti tu menangis namun tak lama lepas tu dia mula mem4ki h4mun.

” Kau nama siapa? Dari hspital mana?”

Kami beritahu nama kami, dan nama hspital.

” Bab#lah kau orang ni! Dah lah sampai lambat! CPR pun macam nak tak nak! Sikit pun tak ikhlas. Mak aku m4ti sebab kau orang ni buat kerja macam sia#!”

Kami diamkan sahaja walaupun hakikatnya kami bukan malas, bukan tak ikhlas, tetapi kerana tenaga tak mengizinkan.

Letih lakukan CPR pertama tadi dan panjat tangga belum habis, kena buat CPR lagi. Buat CPR amatlah meletihkan. Bila dah letih, CPR jadi sloppy(tak semenggah).

Malangnya, letih ni perkara yang tak boleh nampak di mata, dan tak bijak jika memberi alasan kepada orang yang sedang hatinya sedang tenggelam dengan emosi.

” Kau tunggu, aku report dekat KKM! Kau tunggu!”

Kami minta maaf, terangkan apa yang perlu dilakukan untuk lapor kem4tian di rumah, dan minta diri. Nasib baik ada waris yang lain. Mereka cuba menenangkan lelaki berkenaan.

Setelah masuk ke dalam ambuIans, kami terus bergerak pulang menuju ke hspital.

Sepanjang perjalanan, semuanya terasa kekok dan sunyi. Lebih-lebih lagi tanpa bunyi siren ambuIans. Sebenarnya ada banyak benda yang hendak diperkatakan, tapi masing-masing pilih untuk mengunci mulut.

Kes pertama, kami hanya ikut prosedur. Apabila pes4kit dah mninggaI di tempat kejadian, ia dah jadi urusan pihak poIis. AmbuIans tak boleh ambil jnzah bawah ke hspital.

Kemudian, kami mahu lekas-lekas bergegas berlalu pergi dari kes pertama kerana ada kes lain menunggu. Kami peduli dan kasihan pada waris, namun ada orang lain yang lebih memerlukan kami.

Kes yang kedua tu, ya kami sedikit lewat. Ada banyak faktor. Dihalang oleh bapa kes pertama, halangan trafik, aksesibiliti flat, dan sebagainya. Ini semua faktor yang kami tak boleh ubah.

Orang kata, kalau diam tanpa setuju atau bersaIah. Hal tu tak sentiasa benar. Ada masa, diam itu tanda tak setuju tetapi tak mahu keruhkan keadaan atau menghormati situasi.

Sampai hspital, kami ambil tempat masing-masing di kaunter triage dan primary screening dan sambung kerja dengan senyuman palsu. Kalau tak senyum, karang kena report lagi.

Sebab itu, nak jadi petugas kesihatan ni, kena ketepikan emosi dan hati. MentaI jangan cepat k0yak, semangat jangan cepat patah, mulut jangan cepat melatah. Kekal tenang, dan sedia membantu.

Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan, Petugas Kesihatan

Nota: Gambar di atas adalah sekadar hiasan.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : FB Kamarul Ariffin Nor Sadan

Be the first to comment on "Kami Terus ke Tmpat Kjadian Dan Mngsa Seorang Budak Sekitar 12 Tahun, ‘Tolong Anak Sy Doktor, Tolonglah’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*