Ini Jawapan Emma Maembong Yang Mengejutkan Selepas Dikatakan Akan Berkahwin Tahun ni

Pelakon cantik Emma Maembong menafikan khabar angin bakal menamatkan zaman bujang tahun ini.

Selepas hubungan cintanya dengan Kamal Adli terputus ditengah jalan, Emma Maembong sering dikaitkan dengan beberapa orang jejaka namun tidak menjalinkan hubungan serius. Namun, baru-baru ini timbul gosip kononnya Emma bakal berkahwin tahun ini.

Pasti ramai yang tertanya-tanya siapa gerangan jejaka bertuah itu. Tidak mengiyakan mahupun menidakkan, Emma bagaimanapun enggan mengulas mengenai gosip itu. Ujarnya lagi, gosip bakal berkahwin itu adalah satu doa buat dirinya.

Pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu terkilan apabila gosip sama diungkit berulang kali setiap tahun.

“Setiap tahun ada saja pihak yang membuat spekulasi saya nak berkahwin. Tahun ini kena lagi gosip sama. Padahal saya tiada perancangan pun.

“Kalau ada berita baik saya pasti akan kongsikan. Tapi buat masa sekarang belum ada berita gembira yang boleh dikongsikan,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Emma, dia sedar ramai yang ingin melihat dia menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

“Saya tak tahu macam mana gosip ini boleh timbul sedangkan saya tidak pernah berkongsi apa-apa kenyataan sebelum ini.

“Ataupun orang beranggapan tahun 2020 adalah tahun istimewa membuatkan ramai fikir saya pun bakal tamatkan zaman bujang.

Sebelum ini Emma berkata dia tidak kesal apabila masih lagi solo selepas beberapa episod percintaan terputus di tengah jalan. Emma turut berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik.

“Apa yang boleh saya katakan doakan yang baik-baik agar jodoh saya sampai cepat dan segera berkahwin. Saya pun sudah lama menunggu detik bahagia itu,” tambahnya.

View this post on Instagram

@andreabeauty_hq 🥰 @pout.eyewear 🕶👓

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

Emma Maembong Doa Jumpa Lelaki Bimbing Ke Jalan Baik

Terpalit dengan pelbagai kontroversi panas sepanjang tahun 2019, Emma Maembong menyifatkan setiap apa yang berlaku itu adalah proses yang mematangkan dirinya.

Emma akui banyak perkara yang dipelajarinya daripada kontroversi yang berlaku. Namun, Emma bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang untuk terus berusaha menjadi insan yang lebih baik.

“Saya percaya, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Semua itu saya anggap sebagai proses pembelajaran dan paling penting, saya terus memandang hari depan.

“Dalam meniti hidup, pasti akan ada titik hitam yang kita lalui, namun ia tidak pernah membuatkan saya berhenti daripada berusaha menjadi insan lebih baik.

“Alhamdulillah, saya masih diberikan ruang untuk mencari rezeki sebagai anak seni dan tetap disayangi peminat, terutama Emanizers,” katanya kepada BH Online.

Berbicara mengenai soal cinta, Emma tidak kesal apabila masih lagi solo selepas beberapa episod percintaan terputus di tengah jalan. Emma turut berdoa agar dipertemukan dengan lelaki yang dapat membimbingnya ke jalan yang baik.

“Saya tidak memilih dalam berkawan, cuma ketika ini, saya dahulukan fokus untuk mencari rezeki. Saya belum puas berlakon dan berharap dapat menambah ilmu untuk memperbaiki diri dalam bidang ini,” katanya.

Be the first to comment on "Ini Jawapan Emma Maembong Yang Mengejutkan Selepas Dikatakan Akan Berkahwin Tahun ni"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*