Tapi..Allah tu cuma ada kat Kabaah saja kah?

Mentaliti org melayu

ALLAH tu hanya di Mekah aje agaknya.

Doa hanya makbul depan kabaah? Sampai sanggup tinggalkan anak yg kritikal.

Salam takziah aje la

Sat nnti ditvduhnya kita berhati itam berkeladak

madel

Aku agak tak paham kenapa abby pegi gak umrah tu sedangkan baby dia mmg dkt nicu. Bukan ke hari tu duk pegi bagi susu ke? Takziah anyway

toxicated

Aku tengok Grey’s Anatomy dan Dr House…. aku belajar yang walau baby kecik, prem4ture, dlm incubat0r tapi baby ada perasaan. So kalau nak bg baby ada peluang nak hidup dn flght, kena mak sentiasa cakap dengan dia. Mak kena touch dia, kena angkat dia.Kot ye pun nak berdoa kat mekah, jai sorang pegi tak boleh ke? Abby duduk dgn baby kat sini?Waktu depa pegi aku dah pelik… ada rasa dah mcm tak berapa best.Sekali betul meningg4l.Aku tak setuju cara Abby dgn laki dia ni. Sorry… pada aku ini cara tin kosong pakai Islam untuk justify all things. Dlm Islam tawakal ada Allah tapi kena ikat unta bukan biar unta tak terjaga.Baby tu dah 3 bulan survive kot. Aku sedih untuk baby tu… abby kata jumpa dia nanti kat syurga, aku yang b0d0h ni…. terpikir baby tu kot mengadu kat Allah dia diabaikan hak dia untuk disayang dan dilindungi for first few months dia hidup kat dunia ni.

KucingBiru

 

Innalillahiwainnailaihirojiun… Alfatihah. Aku try xnk komen n. Tp i kenottt. Masa sblm pg umrah pun dia tggl2 baby pegi sini sana. Padahal tau ank kritlkal. Ni pg umrah sbb nak brdoa. Tak boleh tangguh ke? Atau suruh laki ko dan ank2 je pegi? Doa makbul dekat mekah je ke? Aku yg trkilan ank menlnggal mak bapak takde. Takde rase brsalah ke?

MrsKobis

 

I setuju dgn pendapat you. Sgt2 tak sesuai dia tinggalkan baby tu dijaga saudara mara dia. Nak berdoa, mana2 pun boleh sbb doa ibu plg mujarab….kalau nk doa sgt depan kaabah tu, biar Jai je pergi. Sebelum gi umrah, dia gi Singapore dgn Jai…jalan2 sana sini, gelak2 happy2 mcm baby dia sihat walafiat. Bukan i nak ckp dia kena sentiasa sedih, tp cara dia tu mmg sgt2 tak kena sbg ibu kpd anak yg krit1kal. Pastu dia ni kalau ditegur xboleh, mulalah melenting. Sian sgt2 baby tu, rasa mcm dipinggirkan je, mak ayah duk gelak2, gurau2 jalan sana sini tp baby sorg2 kat nicu.

mamastoney

 

untuk pengetahuan..ini sebab abby pergi umrah dan baby beliau men1nggal

waktu ketiadaan abby di malaysia

 

PELAKON Abby Abadi berterima kasih kepada Memey Suhaiza yang membantu menyediakan stok susu untuk bayinya yang kini masih dirawat di Unit Raw4tan Rapi Neonatal (NICU) sejak dilahirkan pada 27 September lalu.

Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan, 42, bekalan susu tersebut mampu bertahan lebih 10 hari sementara dia dan Memey serta keluarga pergi menunaikan umrah pada Khamis.

“Setelah berkira-kira, stok susu yang ditinggalkan ini cukup untuk baby Danial selama lebih 10 hari, InsyaAllah.

“Terima kasih mummy @memeysuhaiza bantu mama. Mama dapat kumpul 27 beg, mummy usahakan 10, ada yang 2oz, ada yang 3oz dan yang 4oz pun ada.

“Baby Danial minum 13cc sekarang. 1oz bersamaan dengan 30cc. Katalah satu plastik beg boleh minum lima atau enam kali, cukupkan? Lebih lagi untuk 10 hari, InsyaAllah,” katanya menerusi Instagram.

Abby berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria dan anak-anaknya, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim serta Maria Danisha Hakim pada malam, Khamis.

Selain Abby dan anak-anak, pelakon Norman Hakim serta isteri, Memey Suhaiza turut mengikuti jemaah yang sama untuk tunaikan umrah.

Bekas anggota kumpulan Elite itu melahirkan bayi lelaki pra matang seberat 535 gram yang diberi nama Muhammad Danial Firman pada 27 September lalu.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Gerak Khas ini juga memberitahu dia yakin bayinya semakin kuat biarpun berat badan sudah menurun disebabkan mengalami komplikasi pada hati.

Kata Abby, dia bersama keluarganya akan mendoakan bayi itu di depan Kaabah selain turut berharap doa daripada orang ramai.

“Dah 69 hari hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974 gram kerana ada komplikasi pada hati tapi mama yakin baby Danial mama sangat kuat.

“Mama abah, mummy, papa, atuk, nenak, abang dan kakak semua akan mendoakan baby Muhammad Danial Firman di depan Kaabah nanti agar mendapat Aafiyah daripada Allah.

“Mohon juga doa berterusan daripada sahabat-sahabat di sini juga ya. Amin,” ujarnya.

Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Sebelum melahirkan Muhammad Danial, Abby pernah mengalami kegvguran pada 2016 dan 2017 sewaktu kandungannya mencecah lima bulan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MSTAR ONLINE

 

Be the first to comment on "Tapi..Allah tu cuma ada kat Kabaah saja kah?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*