Pilot’ minta tips hamil untuk isteri, Raja Permaisuri titip doa surah Maryam

Bertuahnya..Mr Pilot mint4 tips hamil untuk isteri, Raja Permaisuri titip doa surah Maryam

Dalam sesebuah perkahwinan, setiap pasangan pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata yang menjadi penyeri dalam keluarga.Selain tidak berputus asa, suami isteri perlu terus berusaha dan mengamalkan fadilat doa serta pelbagai tips dalam menanti rezeki daripada Allah SWT.

Begitu juga bagi seorang juruterbang syarikat penerbangan nasional yang menerima ucapan istimewa oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika berada di dalam pesawat.

“My brother in law and my sister received a special doa and tips from a special person, The Queen. Tuanku Permaisuri Agong such a humble person she is. Daulat Tuanku pic.twi1tter.com/QmKDehn3Hf— Fadil Ishak (@Fadilishak7) September 22, 2019”

“Kakak & abang ipar saya mendapat tips dan doa istimewa daripada Permaisuri Agong. Baginda sangat merendah diri. Daulat Tuanku!” tulis adik ipar kepada juruterbang berkenaan.Menerusi rakaman video berdurasi 27 saat itu, Tunku Azizah berkenan membaca petikan surah Maryam dan mendoakan agar pasangan itu dikurniakan zuriat.

Setakat ini, posting yang dimuat naik di laman Twi1tter itu meraih 603 tanda suka serta diulang kicau sebanyak 320 kali.Sumber Fadil Ishak kredit ohmymedia

“Selalu kita dengar orang akan suruh kita baca Surah Maryam masa mengandung dan inginkan zuriat, supaya nanti mudah bersalin. Jadi kita pun bacalah… Tapi, kenapa ya?”

Sebenarnya, tidak ada sebarang syarak yang menetapkan surah ini dibaca sewaktu hamil. Namun, seperti ayat Al-Quran yang lain, setiap baris ayatnya sangat bermakna dan membawa mesej luarbiasa kepada hati manusia yang beriman. Malah, ia mengandungi doa khas untuk bacaan harian bagi pasangan yang ingin mendapat zuriat.

Dalam Surah Maryam khususnya, kita akan dapat menghayati beberapa pengajaran yang boleh dikaitkan dengan kehamilan dan keibubapaan. Secara tidak langsung, ia menyokong kenapa surah ini amat sesuai untuk kita baca sewaktu mengandung dan agar mudah bersalin.

Sebenarnya, terdapat banyak lagi kelebihan yang dapat ditonjolkan dalam Surah Maryam, tidak terhad kepada proses kehamilan dan mudah bersalin sahaja. Namun, di atas perkongsian yang sedikit ini diharapkan kita lebih menghayati setiap bait ayat daripada Surah Maryam apabila membacakannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Islam Itu Indah

 

Be the first to comment on "Pilot’ minta tips hamil untuk isteri, Raja Permaisuri titip doa surah Maryam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*