Selepas Menerima Perkhabaran Sedih Pemergian Anak Syurga Muhammad Danial, Norman Hakim Luah Rasa ‘Terkilan’.Tak Sangk Ini Punca Nya Buat Ramai Sebak

PELAKON Norman Hakim turut meluahkan rasa sedih dengan pemergian anak kepada bekas isterinya, Abby Abadi iaitu Muhammad Danial Firman yang men1nggal dunia ketika berusia dua bulan pada Sabtu.

Norman berkata, mereka sekeluarga tetap menyayangi bayi tersebut biarpun belum berkesempatan untuk bertemu.

“Walaupun papa, mama, abang-abang dan kakak-kakak semua tak pernah bertentang mata dan tak pernah dapat peluang belai Baby D kecuali abah dan mama tapi kami sangat menyayangi Baby D

Norman sedih tak dapat lihat Baby D.

“Hari-hari dengar perkembangan Baby D daripada abah dan mama. Dan sekarang Baby D dengan izinNya dah pun ke syurga tinggalkan kami dahulu.

“Antara sebab Baby D bawa abah @jaiezzany dan mama @abby_abadi112 ke syurga juga nanti,” tulisnya menerusi laman Instagram pada Ahad.

Muhammad Danial merupakan anak pertama Abby bersama suaminya Muhamad Faizal dilahirkan pra matang seberang 535 gram pada 27 September lalu.

Selepas lebih dua bulan bert4rung nyawa di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) bayi itu akhirnya men1nggal dunia akibat komplikasi pada hati.

Berita sedih itu dikongsi Abby dan suaminya menerusi Instagram pada awal pagi, Ahad.

Bagaimanapun kedua-dua mereka kini berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan umrah sejak Khamis lalu melahirkan rasa terk1lan kerana tidak dapat menatap wajah bayi itu buat kali terakhir.

Dalam pada itu, Norman memberitahu dia masih tidak percaya menerima perkhabaran sedih itu. Katanya, dia dan keluarga akan menziarahi pusara Muhammad Danial setibanya di Malaysia pada minggu depan.

“Semalam rasa macam mimpi bila abah beritahu Baby D dah tak ada tinggalkan kami selepas Isyak waktu Makkah.

Norman, Memey, Abby dan keluarga mereka kini berada di Makkah bagi menunaikan umrah.

“Hari ini bangkit dari Tahajud, pun rasa macam mimpi juga tapi bila buka IG tengok komen dan tengok ramai yang mendoakan serta sedekahkan Baby D Al-Fatihah, memang kenyataan Baby D dah tak ada, dah tinggalkan kami semua.

“Insya-Allah selesai umrah, bila balik Malaysia nanti, kami akan ziarah Baby D kat pusara nanti. Tunggu kami datang ya sayang.

“Insya-Allah kita jumpa lagi nanti betul-betul kat syurga (kalau tak jumpa, selain daripada abah dan mama, tolong cari kami nanti juga tau sayang),” katanya.

Abby kongsi berita sedih anaknya sudah men1nggal dunia pada Sabtu.

Abby dan Faizal mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015 dan turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Bekas anggota kumpulan Elite itu  pernah berkahwin dengan Norman Hakim, bagaimanapun bercerai pada 2008.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisha Hakim yang berusia 11 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Apple Hijau

 

Be the first to comment on "Selepas Menerima Perkhabaran Sedih Pemergian Anak Syurga Muhammad Danial, Norman Hakim Luah Rasa ‘Terkilan’.Tak Sangk Ini Punca Nya Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*