“Baju Yang Cantik & Sopan…” – Foto Terkini Fazura Dipuji Ramai

Zaman kini jika selebriti di Malaysia tidak berpakaian sopan pastinya akan mengundang kata-kata kurang senang dari netizen atau diklasifikasikan sebagai ‘makcik dan pakcik bawang’. Biarpun baju yang disarungkan cantik dan unik, namun jika tidak kena pada mata mereka pasti akan ada komen kata-kata tidak menyenangkan.

Biarpun begitu, menjadi selebriti haruslah bijak dalam menggayakan sesuatu pakaian biarpun dari pereka terkenal. Ciri sopan dan tidak terlalu terdedah haruslah menjadi pilihan supaya sesuai dengan budaya ketimuran.

Terbaru Fazura berkongsikan fotonya ketika menghadiri sebuah majlis berprestij Most Glam 2019 dengan menyarungkan dress serba putih.

Foto tersebut meraih perhatian ramai kerana tampak sopan dan cantik. Tambahan dengan rona putih yang mengikut tema dan potongan baju rekaan dari pereka terkenal tanah air, Rizman Ruzaini sememangnya nampak cukup menyerlah.

Berikut adalah antara foto yang dikongsikannya:

Perkongsiannya ini meraih lebih dari 15,000 tanda suka biarpun dimuatnaik tidak sampai sejam di laman Instagramnya itu.

Rata-rata netizen memuji penampilan Fazura pada malam itu yang memakai baju cantik dan sopan. Mereka meninggalkan kata-kata pujian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Baju yang cantik dan sopan macam pemakainya juga…Moga sentiasa dalam lindungan Allah..Aamin”

“Fazura so cute, kemas, kemas cantik dan terletak”

“Suka Fazz, nampak sopan”

“Jarang nak puji..tapi kali ni cantik sangat baju tu…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : HCL

 

Be the first to comment on "“Baju Yang Cantik & Sopan…” – Foto Terkini Fazura Dipuji Ramai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*