Sejak minggu lalu, kapsyen ‘1819’ menjadi fenomena di media sosial malah tidak hanya netizen tetapi selebriti terkenal tanah air juga menjadikan ia kapsyen dalam perkongsian menerusi Instagram.
Jika sebelum ini, pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel membuatkan ramai terhibur dengan angka viral itu kini selebriti Aprena Manrose pula menjadi perhatian ramai.
Kapsyen ‘1819’ jadi perhatian
Aprena Manrose memuat naik sekeping foto bersama pelawak dan penyampai radio terkenal, Johan lalu menulis kapsyen menggunakan angka viral itu.
“18 perempuan semua tak menepati citarasa, tapi yang ke 19 ni juga aura dia MasyaAllah… terima kasih merestui kami ya kak Ozlynn…” tulisnya
Pelakon ini dilihat berseloroh dengan isteri Johan, Ozlynn. Namun begitu, Aprena Manrose juga mendedahkan Johan adalah pelawak Malaysia yang paling diminatinya.
Ternyata seloroh Aprena Manrose turut menarik perhatian Ozlynn. Selain Johan, isterinya juga diminati ramai menerusi Instagram. Ini kerana Ozlynn sering berkongsikan nasihat buat keluarga dan kali ini pula, kapsyen Ozlynn membuatkan ramai terhibur.
“Tu kata-kata dia… kami xyah kata papepon… yang pasti selalunya dalam keturunan kami yang angka ke 19… sume suwei… mati terkejut…keracunan… dijadikan amah… betui ka dia yang ke 19??…”
Diruangan komen, ramai terhibur dengan seloroh selebriti tanah air ini. Meskipun baru saja dikongsikan dilaman Instagram ia sudah meraih lebih 15 ribu tanda suka daripada ramai.
Haha… angka 1819 yang trending
Hahaha kemain eh mak jemah…
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Kapsyen ‘1819’ Aprena Manrose bikin terhibur tapi reaksi Ozlynn lagi win!"