Tentang Mengandung,Adira Dedah Perkara Sebenar

Penyanyi Adira menafikan yang dirinya kini sedang hamil anak yang ke-4. Perkara ini tercetus apabila tubuh badannya dikatakan sedikit berisi terutama di bahagian perut ketika bersaing pada minggu kedua Separuh Akhir Muzik-Muzik ke 34 pada 22 November lalu.

View this post on Instagram

❤️❤️❤️❤️

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

“Eh, saya tidak mengandung, itu hanya lemak. Sejujurnya, saya sedang dalam proses menurunkan berat badan selepas melahirkan Anggun, Ogos lalu.

“Saya akui ia bukan satu proses yang mudah untuk dapatkan kembali berat badan ideal mungkin sebab saya melahirkan tiga cahaya mata sebelum ini semuanya melalui pembed4han,” katanya yang ditemui di majlis pelancaran program My Buskers yang diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur petang kelmarin.

View this post on Instagram

#bff ❤️❤️❤️❤️ @anggrek_asan

A post shared by adira.suhaimi (@adira.suhaimi) on

Dalam pada itu, Adira juga berkata kehidupannya sekarang semakin baik dan positif.

“Semuanya okay, Alhamdulillah. Sekarang saya tak nak beri kenyataan mengenai hal peribadi sebaliknya hanya mahu memberikan fokus kepada kerjaya seni sahaja, terima kasih,” katanya kepada Rotikaya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Rotikaya

 

Be the first to comment on "Tentang Mengandung,Adira Dedah Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*