“Romp4k vaks1n ke tu” – [VIDEO] Berpakaian Watak Siri ‘Money Heist’ Ke PPV, Buat Netizen Terhibur

Siapa saja sekarang ini yang tak tahu, dengan siri rancangan terkenal iaitu Money Heist. Disebalik jalan penceritaan yang menarik, karakter yang ditunjukkan oleh watak dalam rancangan tersebut mula jadi ikutan ramai.

Memandangkan siri Money Heist ni dah jadi satu fenomena di Malaysia, ada beberapa individu ini yang datang ke sebuah Pusat Pemberian Vaks1n (PPV) sambil mengenakan pakaian dari karakter rancangan itu.

Pakai kostum siap bert0peng

Sejak beberapa hari lalu, sebuah video menunjukkan gelagat beberapa orang individu ini yang memakai kostum watak Money Heist menjadi tular.

Menerusi perkongsian oleh @iliya pengyou, dilihat sekumpulan lelaki ini memakai kostum berwarna merah di samping mengenakan topeng muka ikonik dari siri tersebut.

Video:

@iliyapengyou

usually only foreigners but today a troop of money heists come to our centre 😂#ppvinxora #ppv #fypシ

♬ Bella ciao – HUGEL Remix Extended – El Profesor

 

Namun kedatangan mereka kali ini bukanlah untuk tujuan mer0mpak, tapi bagi mendapatkan sunt1kan d0s kedua vaks1n di sebuah Pusat Pemberian Vaks1n (PPV) di Pulau Pinang.

Walaupun dalam rancangan tersebut mereka dilihat menggerunkan, tapi mereka kelihatan baik akur mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan serta turut duduk di tempat masing-masing menunggu giliran.

Disebabkan terlampau famous, petugas-petugas di situ juga dilihat tak melepaskan peluang mereka untuk bergambar bersama sekumpulan individu berkenaan.

Gelagat mereka tersebut telah mendapat perhatian warganet, dan sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari 1.1 juta views di TikTok.

“Jangan romp4k makcik-makcik dekat situ pulak”

Menjengah ke ruangan komen, nyata rata-rata netizen terpegun dengan tindakan sekumpulan lelaki ini yang berpakaian seperti karakter dalam rancangan itu. Ada yang turut beri peringatan, supaya mereka ini tidak mer0mpak sesiapa yang berada di sana ketika itu. Bukan kaleng-kaleng imaginasi korang eh.

Makin jadi fenomena cerita Money Heist ni. Agak-agak lepasni karakter apa pula yang muncul dekat PPV ni, mungkin Peaky Blinders?

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : Lobak Merah

 

Be the first to comment on "“Romp4k vaks1n ke tu” – [VIDEO] Berpakaian Watak Siri ‘Money Heist’ Ke PPV, Buat Netizen Terhibur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*