Vanessa masih belum membuat sebarang penjelasan berkaitan berita perkahwinannya.
ARTIS Indonesia Vanessa Angel dilaporkan sudah berkahwin secara senyap-senyap dengan seorang ahli perniagaan pada Ahad lalu.
Vanessa yang pernah terkait dengan kontr0versi pelacuran dalam talian ini mendapat perhatian apabila memuat naik beberapa foto cincin, mas kahwin dan hantaran yang memberi gambaran dia sudah bernikah.
Bagaimanapun, Vanessa belum memberi sebarang kenyataan berkaitan hal tersebut.
Dalam pada itu, bapa kepada wanita itu Doddy Sudrajat memberitahu Liputan 6 bahawa dia tidak mengetahui tentang berita pernikahan anaknya.
“Saya juga baru dengar dari media, saya tidak tahu” ujarnya.
Manakala, ibunya berharap jika perkara itu bukan rekaan atau hanya untuk kandungan Instagram semata-mata.
Namun, kedua-dua orang tuanya mendoakan kebahagian Vanessa jika perkara tersebut benar.
Pada 27 Jun lalu, sebuah m4hkamah di Surabaya menjatuhkan hukuman penjara lima bulan terhadap aktres tersebut selepas didapati bers4lah terbabit dalam pel4curan.
Bagaimanapun, menurut agensi berita Antara, Vanessa, 27, dibebaskan pada 30 Jun kerana hvkuman penj4ra itu berkuat kuasa dari tarikh dia dit4ngkap iaitu pada 31 Januari lalu.
Vanessa dit4ngkap p0lis bersama seorang bapa ayam ketika menunggu pelanggan di sebuah hotel di sini pada 5 Januari lalu.
Aktres itu bersama seorang lagi tertvduh dilaporkan terbabit aktiviti pel4curan dalam talian dengan bayaran hingga mencecah Rp80 juta (RM24,000).
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media
Sumber : Mstar
Be the first to comment on "Artis kontr0versi Indonesia Vanessa Angel dilaporkan berkahwin tanpa pengetahuan bapa"