“Maaf ya Fazley… saya tak minat artis-artis ni” – Fazley Yaakob sedlh dimaIukan, rasa seperti kucing dalam sangkar

Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kec3wa terhadap seorang wanita yang disifatnya sebagai bi4dab.

PENYANYI dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob meluahkan rasa kec3wa dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak menghormati privasi artis sebagai manusia biasa.

Fazley berkata, dia melalui kejadian memalvkan apabila terdapat sebuah keluarga yang mengambil gambarnya dan anak-anak secara sembunyi-sembunyi sambil berteriak tentang kewujudan ‘artis’ kepada ahli keluarga lain.

Bagaimanapun, Fazley berkata, dia cuba menegur keluarga berkenaan untuk mengambil gambar secara selfie selepas berasa tidak selesa dengan situasi berkenaan.

Fazley berkongsi rasa kesal melalui muat naik di Instagram.

“Saya sedang duduk di tepi pantai teman anak-anak berenang. Tiba-tiba ada satu keluarga datang depan-depan, tuding-tuding, eh artis kan dia?

“Saya senyum… lepas tu duduk sebelah saya dan anak-anak, cvri-cvri ambil gambar. Kemudian ada ahli keluarga dia datang jerit kuat-kuat wei ada artislah.

“Rasa macam kucing dalam sangkar. Kalau dia minta ambil gambar elok-elok mesti saya bagi atau tanya dan sapa serta beri salam, mesti saya jawab,” ujarnya.

Fazley meluahkan rasa kesalnya itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu.

 

Rasa macam kucing dalam sangkar. Kalau dia minta ambil gambar elok-elok mesti saya bagi atau tanya dan sapa serta beri salam, mesti saya jawab.

DATUK FAZLEY YAAKOB

Penyanyi

Fazley menambah, salah seorang daripada ahli keluarga berkenaan menolak untuk berselfie sebaliknya menyatakan dia tidak berminat dengan golongan selebriti.

“Masalahnya masih ada orang yang kurang ‘cara’ apabila bertemu orang lain. Apa nak buat ya?

“Sebenarnya saya offer nak ambil gambar dengan makcik tu. Saya cakap jomlah, saya pegangkan kamera, kita selfie. Tahu apa dia jawab?

“Maaf ya Fazley, saya tak minat artis-artis ni. Haha… luah mati mak, telan mati bapa jadinya,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber : MSTAR

 

Be the first to comment on "“Maaf ya Fazley… saya tak minat artis-artis ni” – Fazley Yaakob sedlh dimaIukan, rasa seperti kucing dalam sangkar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*