Bukan menempel kontroversi, Wawa Zainal sudah lama ‘ikat’ Misya Mazlan sebagai duta produk

 

BUKAN mahu mengambil kesempatan terhadap kontroversi melanda, pelakon dan usahawan Wawa Zainal menjelaskan dia sekadar ingin membantu madu kepada Marissa Dania iaitu Misya Mazlan apabila melantiknya sebagai duta produk.

Wawa atau Nur Hawa Zainal Abidin, 32, berkata semua yang berlaku sekadar kebetulan memandangkan mereka telah lama mengikat perjanjian bersama.

“Sebenarnya ia kebetulan… kami sudah buat perjanjian dengan Misya sudah lama.

umisya

Wawa sekadar mahu membantu Misya jana pendapatan.

“Kami tidak menggunakan dia sebagai pemasaran. Tidak sama sekali!

“Dalam masa yang sama kami memang nak bantu dia juga… yang sebelah sana sudah banyak tawaran kerja,” katanya kepada mStar.

Wawa berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Indahnya Ramadan bersama Wawa yang berlangsung di Kuala Lumpur pada petang Selasa.

Dia juga berharap peluang diberikan kepada Misya dengan menjadi duta produk tudungnya dapat memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada wanita tersebut.

Malah dia juga tidak menempel isu rumah tangga Misya bagi menaikan lagi nama produknya sebaliknya memilih artis mahupun pempengaruh yang sedang mendapat perhatian masyarakat.

“Kami nak dia lebih menonjol juga supaya lebih banyak tawaran selepas ini. Untuk lakukan promosi setiap bulan memang akan ada artis dan pempengaruh yang bantu.

wawa1

Wawa dan Aeril tidak pasti tentang kemelut rumah tangga Misya.

“Tapi kami tengok pempengaruh yang sedang jadi perhatian juga waktu sekarang ini. Kami pun tak menggunakan kes dia untuk menaikkan barang kami,” ujarnya.

Pada Februari lalu, Wawa dipuji netizen apabila memilih isteri Misya sebagai wajah untuk koleksi tudung terbaru jenama Wawa Scarves selama tiga bulan.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Bukan menempel kontroversi, Wawa Zainal sudah lama ‘ikat’ Misya Mazlan sebagai duta produk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*