Keindahan Sahur Bertukar Cemas! Ular Hitam Masuk Rumah… “Atas tilam itu pun ular ke?”

INDAHNYA Ramadan apabila semua ahli keluarga dapat berkumpul bersama menikmati juadah sahur sebelum meneruskan ibadah puasa.

Namun sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila suasana damai waktu sahur mereka digemparkan dengan kehadiran ‘tetamu tidak diundang’.

Suasana cemas ketika seekor ular senduk berada di ruang tamu kediaman mereka sempat dirakamkan seorang wanita sebelum rakamannya dikongsikan di media sosial.

“Kejadian selepas sahur. Mujur pintu bilik adik ditutup. Anak-anak buah tengah tidur.

“Mujur juga tak panik, sedia maklum tanah Pak Aji ni memang banyak reptilia dan kehidupan liar tinggal mahupun singgah,” katanya.

Seekor ular masuk selepas sekeluarga bersahur.

Menerusi rakaman video berdurasi 33 saat itu, kelihatan seekor ular senduk sepanjang kira-kira dua meter melingkar di lantai berjubin putih.

Misteri kehadiran ular tersebut turut menimbulkan cemas dalam kalangan netizen sehingga segelintirnya mendakwa terdapat seekor lagi reptilia itu di ruang tamu.

“Atas tilam itu pun ular ke tu? Jadi semua dua ekor.

“Ada dua ekor ke? Bawah meja ada lagi seekor.

“Sampai dua ekor masuk dalam rumah,” demikian antara komen netizen.

Tanda tanya itu timbul susulan bayang-bayang hitam yang menunjukkan pergerakan seperti ular berada dekat kawasan tilam dan meja.

Bagaimanapun, wanita yang lebih dikenali sebagai Fatihanim itu tampil menjelaskan bahawa hanya seekor ular yang masuk ke rumah mereka dan bayangan kedua itu sebenarnya adalah seekor kucing hitam yang dibela keluarganya.

“Bukan, yang orang nampak macam ular di meja tu ekor kucing hitam.

“Badan dia pula elok je tak bergerak, ekor je yang bergerak,” katanya.

Badan dia pula elok je tak bergerak, ekor je yang bergerak.

FATIHANIM

Mengenai kehadiran ular senduk di rumah keluarganya, Fatihanim berkata dia bersyukur apabila ia berjaya ditangani dengan baik.

“Ular senduk dah selamat dibunuh di luar rumah. Alhamdulillah Pak Aji tahu je. Dia terus capai rotan hutan dan ketuk terus,” ujarnya.

Antara komen netizen.

Menurut wanita itu lagi, dia bersyukur kerana semua ahli keluarganya selamat dalam kejadian itu.

“Alhamdulillah, cuaca panas ni. Dia nak masuk rumah agaknya,” katanya sambil menambah kucing peliharaan itu juga selamat.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : MStar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "Keindahan Sahur Bertukar Cemas! Ular Hitam Masuk Rumah… “Atas tilam itu pun ular ke?”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*