“Dia Senyum”… Shuib Sebak, Impian Jumpa Siti Sarah Dalam Mimpi Tercapai.

HASRAT pelawak Shuib ingin bertemu dengan arwah isterinya iaitu Siti Sarah Raissuddin dalam mimpi akhirnya menjadi kenyataan.

Dalam mimpi tersebut, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, berkata dia berada di sebuah pulau dan berhasrat ingin menghubungi arwah isterinya namun panggilan tersebut tidak berjawab.

“Saya mimpi saya pergi pulau dia macam kem. Saya buka beg untuk cari telefon sebab macam kebiasaan sebelum ini kalau saya pergi mana-mana, lepas habis kerja saya akan hubungi Sarah.

sarah 2

Shuib sebak dapat bertemu Sarah dalam mimpi.

“Masa saya buka beg cari telefon dalam hati kata hubungi Sarah. Saya cari telefon dan ada tiga jadi saya terfikir mana satu telefon yang ada nombor Sarah.

“Saya ambil satu telefon berwarna hitam dan saya buka untuk saya cari nama Sarah sebab saya simpan nama dia ‘ibu sayang’. Saya cari dan saya jumpa nombor itu tapi bila hubungi tak berangkat,” ceritanya.

Shuib bagaimanapun berkata dia terjaga daripada tidur dan berkongsi cerita itu dengan isterinya iaitu Watie.

Namun pelawak ini tidak menyangka mimpi itu bersambung kembali selepas dia melelapkan mata sebentar pada waktu pagi.

Dalam mimpi itu, Shuib memberi gambaran arwah Sarah tersenyum mengenakan penampilan berwarna putih.

Kata Shuib, penampilan Sarah dilihat sama seperti dalam rakaman video arwah menyanyikan lagu Tanpa Kekasihku yang dimuat naik di YouTube.

“Sahur pagi tadi agak sedih pada saya. Memang saya selalu nak mimpi Sarah kan. Saya dah banyak kali dalam mimpi nak hubungi dia tak dapat-dapat.

1247496

Shuib sentiasa berharap bertemu Sarah dalam mimpi.

“Selepas anak-anak sudah ke sekolah saya terlelap, saya sambung mimpi rupanya. Dalam mimpi itu saya pegang iPad kerana itu memang milik dia.

“Tiba-tiba dekat ipad itu keluar nama dia… ibu sayang. Dalam masa yang sama ada keluar satu gambaran yang dia sedang senyum pada saya. Sebelum angkat panggilan ada gambar dia sedang senyum dan pakaiannya lebih kurang seperti ini (bertelekung).

“Jadi saya nak angkat panggilan itu tapi tak boleh angkat sebab itu berhenti di situ… dia senyum tengok saya tapi tak cakap. Saya dah banyak kali mimpi tapi dia takkan angkat panggilan saya,” kongsinya.

watie

Shuib kerap berkongsi mimpi Sarah pada Watie.

Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shuib selepas pemergian isterinya Sarah yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Slamber Media

Sumber/ Kredit : Mstar

 

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

 

Be the first to comment on "“Dia Senyum”… Shuib Sebak, Impian Jumpa Siti Sarah Dalam Mimpi Tercapai."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*